Imran Aqil Diperli Lepas Tegur Lelaki Bising & Melucah Ketika Tonton Filem Blood Brothers

100% setuju dengan Imran!

Enlarge text
Cover ImageCover image via @imjeebster (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pempengaruh, Imran Aqil berkongsi bagaimana dia diperli selepas menegur seorang lelaki yang membuat bising dan mengeluarkan kata-kata lucah ketika menonton wayang

Menerusi perkongsiannya di TikTok, Imran memberitahu kejadian tersebut berlaku ketika dia membawa keluarga belah isterinya ke pawagam menonton filem Blood Brothers.

Menurutnya, perkara itu berlaku apabila dia menegur seorang lelaki di belakang tempat duduknya yang telah mengeluarkan kata-kata lucah pada salah sebuah babak filem tersebut.

"Wife aku, kakak dia tak selesalah bila dengar benda tu sebab seat kitorang depan dia dan aku pun ambil inisiatif pusing belakang dan cakap bang slow sikit boleh?

"Dia pun macam menganjing aku dia kata oh slow sikit okay-okay, aku tak minta dia senyap pun aku mintak dia slow je," katanya.

Image via TikTok

Tidak terhenti di situ, lelaki tersebut memerli lagi ketika mereka sudah keluar dari pawagam

Selepas teguran itu, Imran memberitahu lelaki tersebut tidak lagi membuat bising dan memberi kerjasama dengan tegurannya tetapi berlaku sesuatu sejurus mereka keluar dari dewan tayangan.

"Yang kelakarnya habis je daripada tengok movie tu, aku keluar aku nampak orang yang sama, dia datang kat aku dia cakap minta maaf ya bang tapi abang kalau nak senyap abang pergi perpustakaan.

"Aku sound lah balik cakap eh kita bayar hall ni bukan untuk kau sorang je tau bukan untuk dengar suara kau, lepastu abang ipar aku start bersuara, dua orang kawan lelaki tu datang kat kitorang minta maaf pasal apa yang berlaku.

"Bagi aku ini adalah satu common sense yang sangat simple, bila kau pergi wayang you have to respect semua orang kat dalam tu.

"Harap abang semalam tu tengok video ni, saya pun minta maaf ya bang kalau ada kata-kata saya mengguris hati," katanya.

Lihat video penuh di bawah:

@imjeebster

PSA, common sense itu penting ya teman2

original sound – iJeebster

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: