10 Fashionista Malaysia Yang Membuktikan Kecantikan Tiada Kaitan Dengan Saiz Badan

Bold is beautiful, tak begitu?

Sejak minggu pertama Bila berada di pentas Akademi Fantasia, ramai yang tertarik dengan peserta unik ini

Image via Melvister

Bila (kanan) memukau penonton dan juri pada setiap minggu persembahannya di AF2015.

Selain bakat nyanyiannya yang tidak dapat dinafikan, Bila juga secara tidak langsung menjadi ikon plus size yang disanjungi oleh peminat-peminatnya

Mana tidaknya, kemunculannya yang dinanti-nantikan setiap minggu jelas menunjukkan kecantikan tidak bergantung kepada bentuk badan

Kemenangan tempat ketiganya di AF2015 bermakna Bila kini antara barisan wanita berbakat yang memartabatkan industri hiburan tanahair, seperti:

Sherry Alhadad

Bermula dengan lakonan teater, jelitawan yang sentiasa *bubbly* dan menghiburkan ini mula dikenali ramai melalui siri teater Projek Disko Baldi dan kini sering menghiasi kaca TV sebagai pelakon dan pengacara. Stailnya yang klasik dan anggun membuktikan fesyen boleh dinikmati oleh semua bentuk badan.

Zulin Aziz

Pelawak Zulin Aziz yang kerap digandingkan bersama Sherry Alhadad tetap membawa personalitinya yang tersendiri. Ikon fesyen yang secara tidak langsung meningkatkan penerimaan masyarakat terhadap wanita *plus size* ini dikenali dengan stail moden dan minimalisnya.

Adibah Noor

Siapa yang tidak kenal personaliti popular ini? Adibah Noor tidak membiarkan saiz menghalangnya daripada mempunyai kerjaya sebagai pelakon, penyanyi, pengacara, dan DJ radio. Pemenang Anugerah Juara Lagu 2006 ini menggayakan OOTDnya dengan penuh karisma!

Dina Nadzir

Permulaan Dina dalam industri hiburan tidak begitu berbeza daripada Bila; penyanyi berbakat ini telah memenangi tempat kedua dalam rancangan realiti musim pertama Malaysian Idol. Berbadan gempal terbukti tiada masalah bagi Dina dalam mengembangkan kerjayanya sebagai penyanyi, pengacara, pelakon, dan DJ radio. Stailnya yang *fashion-forward* menjadi ikutan ramai wanita.

Selain selebriti-selebriti ini, ramai juga fashionista Malaysia yang berjaya menunjukkan keanggunan tidak mengira saiz badan:

Layarilah website Zalora mencari fesyen terkini untuk berbagai bentuk badan dengan menggunakan [kupon Zalora](http://coupon.says.com/coupons-fashion/) dari Says.

Blogger [That Fat Tudung Party Girl](http://blog.nazirahashari.com) ini menghayati konsep *body-positive* dengan penuh keceriaan! Dari stail formal ke padanan kasual, Nazz menggunakan aksesori menarik dan warna-warna terang untuk menghidupkan pakaiannya.

Awatif, atau lebih dikenali sebagai Wawa, mengambil ikon stail *plus size*, Gabifresh, sebagai inspirasinya.Tidak mementingkan *trend*, Wawa lebih menitikberatkan keselesaan dalam memilih sesuatu *outfit*. Antara jenama kegemarannya termasuk H&M, Zalora, dan Monki.

Stail Suhaila yang kadangkala *quirky* dan kadangkala *princessy* menjadi ilham kepadanya untuk memberi inspirasi kepada wanita-wanita *plus size* melalui butiknya, [Miss Plumps](https://instagram.com/missplumps/). Skirt labuh *high-waisted* sesuai untuk yang berjiwa feminin, manakala *top* jersi sukan pula pasti digemari fashionista yang inginkan kelainan.

Pemilik butik *plus size* [@adeviclothing](https://instagram.com/adeviclothing/) ini terkenal dengan gaya versatilnya. Dari dress 50-an ke blazer singkat ke *statement tees*, semuanya mantap apabila digayakan oleh Ratna!

Jika fesyen santai yang diinginkan, *Instagrammer* ini pasti dapat memberi inspirasi dengan stailnya yang cukup *simple*. Padanan dress labuh bersama jaket atau *cardigan* senang untuk diubahsuai mengikut citarasa masing-masing, dan yang paling *best*: keselesaan terjamin!

Bila nak *travel*, perkara yang paling leceh untuk difikirkan mungkin "Baju apa nak bawak?". Namun, Sarah pula mengembara dunia dengan penuh ketenangan; koleksi pakaiannya dengan pelbagai fabrik dan potongan sesuai digayakan mengikut musim-musim yang berbeza.

Nadirah mengambil blogger fesyen seperti Dian Pelangi dan Belle Alyahya sebagai inspirasi, dan gemar bereksperimen dengan *trend* hijab dan *make-up* terbaru. Peminat fesyen tegar ini suka mencabar dirinya dengan mencari rekaan-rekaan vintaj unik di kedai-kedai *bundle*.

*Fashionista* yang sentiasa tersenyum ini berpengalaman dalam bidang fesyen *plus size*, dan keyakinannya terserlah dengan setiap padanan yang digayakan. Minat dengan stail sebegini? Kunjungi butiknya: [Trendy Confessions](https://instagram.com/trendyconfessions/).

Untuk gaya tradisional yang diinspirasikan oleh pelbagai budaya, biar *fashionista* comel ini tunjukkan caranya! Jubah-jubah bercorak geometriknya juga pasti digemari peminat fesyen Muslimah moden.

Penggemar fesyen dari Sabah ini dikenali dengan stailnya yang berwarna-warni dan berani. Warna rambutnya yang silih berganti dipadankan dengan aksesori-aksesori yang menarik, seperti *sneakers* kuning dan *loafers* merah jambu.

Terinspirasi untuk membuat #OOTD anda sendiri? Shopping dengan senang hati di SINI!

Sementara di Instagram, jom kita check out akaun-akaun menarik ni:

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: