Ikmal Hakim Buktikan Gen-Z Juga Mampu Berjaya Dalam Bidang Keusahawanan

Bukan sekadar seorang usahawan, tetapi juga seorang pelajar sepenuh masa yang berjaya membina jenama kecantikan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Akmal Redzwan/SAYS Seismik
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam dunia media sosial yang serba pantas ketika ini, satu label terus menghantui generasi muda masa kini iaitu manja, malas kerja, cepat mengeluh, tidak tahan stres dan hidup mahu senang tanpa usaha

Itulah label yang sering dilekatkan pada bahu generasi Z, seolah-olah mereka ini produk gagal zaman moden. Namun, Muhammad Ikmal Hakim Mohd Jefry membuktikan bahawa usia muda bukan penghalang untuk dia mencipta perubahan besar.

Anak muda berusia 22 tahun ini atau lebih mesra dipanggil Ikmal merupakan pengasas dan juga pengarah urusan kepada jenama penjagaan kulit tempatan yang meningkat naik iaitu Masmuqa.

SAYS.com

Pengasas dan Pengarah Urusan Masmuqa, Muhammad Ikmal Hakim

Image via Akmal Redzwan/SAYS Seismik

Berasal dari Selangor dan kini menetap di Shah Alam, Ikmal, anak ketiga daripada lima beradik, membuktikan bahawa usia muda bukanlah penghalang untuk berjaya. Beliau bukan sahaja seorang usahawan yang berdaya saing, malah turut cemerlang sebagai pelajar sepenuh masa, mengimbangi tuntutan akademik dengan minatnya dalam dunia perniagaan.

Jenama kecantikan yang diasaskannya, Masmuqa, lahir daripada pengalaman peribadi yang sangat bermakna. Ia bukan sekadar produk yang dicipta untuk pasaran, sebaliknya berakar daripada kisah Ikmal sendiri yang berdepan dengan masalah kulit sensitif dan ekzema. Pengalaman ini menjadi inspirasi utama beliau untuk membina jenama dengan nilai tersendiri, yang benar-benar memahami keperluan kulit yang memerlukan penjagaan istimewa.

Bukan sekadar jenama, tetapi misi peribadi yang jujur

Berhadapan dengan masalah ekzema dan kekecewaan terhadap produk sedia ada yang terlalu keras, Ikmal melihat cabaran ini sebagai titik tolak untuk mencari penyelesaian. Daripada pengalaman peribadi itu, Ikmal menyedari wujudnya keperluan mendesak dalam pasaran untuk produk penjagaan kulit yang diformulasi dengan bahan semula jadi, mesra kulit, dan berlandaskan pemahaman mendalam tentang keperluan pengguna.

Justeru, Masmuqa tidak hanya dicipta untuk mengisi kekosongan pasaran, tetapi ia adalah sebuah misi peribadi yang jujur. Apa yang membezakan Masmuqa daripada jenama-jenama lain ialah pendekatannya yang berteraskan ilmu.

"Jenama ini tidak hanya fokus kepada jualan semata-mata, malah turut berperanan mendidik pengguna tentang jenis kulit mereka dan kepentingan bahan-bahan aktif dalam produk. Masmuqa bertekad untuk membina hubungan kepercayaan dengan pengguna, memastikan setiap individu bukan hanya membeli produk, tetapi memahami cara terbaik untuk menjaga kulit mereka secara menyeluruh," kongsi Ikmal ketika ditemu bual SEISMIK.

SAYS.com
Image via Akmal Redzwan/SAYS Seismik

Dalam usianya yang masih muda, Ikmal berdepan cabaran besar dalam membahagikan masanya sebagai pelajar sepenuh masa dan usahawan. Jadualnya padat dengan kuliah pada waktu pagi, pertemuan dengan pasukan dan rakan niaga di waktu petang, dan mengurus operasi perniagaan pada waktu malam.

"Walaupun agak sibuk, saya sentiasa berpaut pada 'big why' dalam mahu membantu mereka yang berdepan masalah kulit sama seperti saya. Tekanan dan keletihan bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan saya.

"Pernah ada ketika saya hampir berputus asa, terutamanya ketika perlu menanggung tanggungjawab menggaji pekerja dan memastikan kestabilan syarikat. Namun, saya percaya bahawa perniagaan yang berjaya tidak hanya bergantung kepada motivasi yang datang sekejap-sekejap, tetapi kepada konsistensi dan disiplin jangka panjang,"
ujarnya.

Bagi Ikmal, konsistensi inilah yang membezakan antara seseorang yang berminat berniaga, dengan seorang usahawan sejati.

SAYS.com
Image via Muhammad Ikmal Hakim

Kejayaan Masmuqa tidak hanya terletak pada kualiti produknya, malah turut dibentuk oleh nilai dan budaya kerja yang diterapkan oleh Ikmal. Beliau percaya bahawa kunci kelangsungan jenama terletak pada pembinaan pasukan yang kuat, walaupun cabaran mencari pekerja yang jujur dan berdedikasi adalah sukar.

Sebagai seorang pemimpin, Ikmal lebih gemar pendekatan yang adil dan berempati. Beliau menolak gaya kepimpinan autoritarian, sebaliknya memilih untuk mendengar pandangan kakitangan dan memberi mereka ruang untuk menyumbang idea. Prinsip yang dipegangnya mudah iaitu jangan sesekali memalukan pekerja di khalayak ramai dan sentiasa berlaku adil dalam membuat keputusan.

Titip pesanan buat generasi muda seusia denganya

Dalam sebuah dunia yang sering digambarkan di media sosial sebagai jalan pintas menuju kejayaan, Ikmal berpesan agar generasi muda tidak mudah terpedaya. Beliau menekankan bahawa pendidikan tetap penting, dan minat perlu diseimbangkan dengan realiti hidup serta tanggungjawab.

Baginya, dunia keusahawanan bukanlah dunia fantasi, sebaliknya ia menuntut perancangan, kesungguhan, dan keberanian untuk gagal serta bangkit semula. Kejayaan sebenar, menurut Ikmal, tidak hanya diukur dengan pendapatan, tetapi dengan nilai yang kita berikan kepada orang lain.

"Jadilah seperti padi, semakin berisi semakin menunduk," kata Ikmal.

SAYS.com
Image via Muhammad Ikmal Hakim

Antara produk utama Masmuqa yang dijual di pasaran untuk para pelanggannya:

  • Hydra Glow (Varian Biru) Dirumus khas untuk individu yang mempunyai masalah kulit kering. Varian ini memberikan kelembapan yang mendalam, membantu mengekalkan hidrasi semula jadi kulit agar wajah kekal segar, lembap dan berseri.
  • Anti-Aging (Varian Hijau) Direka khusus untuk kulit berminyak. Ia berfungsi untuk mengekalkan keremajaan kulit dan mengurangkan kedutan halus. Pada masa yang sama, formulasi ini membantu mencegah pori daripada tersumbat, yang merupakan punca utama kepada pembentukan jerawat.
  • Acne Prone (Varian Kuning) Dikhususkan untuk mereka yang memiliki kulit sensitif atau mudah berjerawat, termasuk penghidap ekzema. Dengan formulasi lembut daripada bahan semula jadi, ia membantu menenangkan kulit yang meradang dan memperbaiki lapisan kulit secara perlahan-lahan.

Kesemua varian ini dihasilkan berasaskan tumbuhan dan minyak pati serta bebas daripada bahan kimia keras, menjadikannya sesuai untuk kegunaan harian dan untuk semua jenis kulit.

SAYS.com
Image via Muhammad Ikmal Hakim

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: