Iklan Raya Paling ‘Relatable’ Tahun Ini? Ramai Kata Kisah Ini Sama Macam Hidup Sendiri

Sediakan tisu sebelum tonton!

Enlarge text
Cover ImageCover image via YouTube PTPTN
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Iklan ini ditaja oleh PTPTN

Kalau sebut pasal kehidupan, memang tak semua orang direzekikan lahir dalam keluarga senang

Ada yang membesar dalam rumah besar, tapi ramai juga yang melalui hari-hari dalam serba sederhana.

Namun, satu kekal sama iaitu kasih seorang ibu kepada anak memang tak pernah kurang.

Dari bebelan kepada pelukan, semua demi SPM

Dalam sebuah rumah kecil, seorang pelajar perempuan sedang berdepan detik penting dalam hidupnya untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Setiap hari penuh dengan nota, latihan dan tekanan. Biasalah, bila stress datang, emosi pun jadi tak menentu.

Kadang merajuk, kadang marah, kadang rasa nak give up

Tapi di saat itulah, ibunya sentiasa ada.

Apa yang lebih menyentuh hati, si ibu sanggup ketepikan keperluan diri sendiri demi pastikan anaknya cukup segalanya dari yuran kelas tambahan sampailah ke keperluan harian.

Bila anak mula faham pengorbanan ibu

Lama-kelamaan, si anak mula sedar sesuatu. Setiap pengorbanan itu bukan kebetulan.

Setiap penat lelah ibunya, setiap duit yang dijimatkan, setiap masa yang diluangkan semuanya adalah tanda kasih yang tak pernah minta dibalas.

Dari situ, dia mula ubah cara terfikir, SPM bukan lagi sekadar peperiksaan tapi peluang untuk ubah hidup keluarga.

Video ni memang 'kena' di hati

Menampilkan Marrisa Yasmin, Duerra Matilda dan beberapa pelakon lain, Iklan Raya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjaya buat ramai hati yang tersentuh!

Jujur cakap, memang senang relate dengan emosi.

Sebab realitinya, ramai antara kita pernah berada di situ atau mungkin sedang melaluinya sekarang.

Iklan Raya ini bukan sekadar cerita namun merupakan cerminan kehidupan sebenar ramai rakyat Malaysia.

Simpan Sikit, Tapi Ganjaran Boleh Jadi Besar

Menerusi kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2026, masyarakat Malaysia berpeluang memenangi hadiah keseluruhan bernilai hampir RM1.4 juta untuk 954 pemenang., WOW, serius banyak!

Apa yang lebih menarik, anda berpeluang untuk join hanya ikuti beberapa langkah mudah ini sahaja:

  • Buka atau buat tambahan simpanan dalam akaun Simpan SSPN
  • Simpanan minimum serendah RM50
  • Tiada had bilangan cabutan
  • Buat simpanan melalui aplikasi myPTPTN, potongan gaji atau debit terus akan menikmati bilangan cabutan berganda iaitu 10 cabutan sekali gus memberi lebih banyak peluang untuk menang.
  • Tempoh kempen: 1 Januari hingga 31 Disember 2026

Maksudnya, lagi banyak simpan, lagi tinggi peluang untuk menang. Simple!

Hadiah Bukan Biasa-Biasa 😮

Ini bukan cabutan biasa tau. Antara hadiah yang ditawarkan termasuk:

  • Hadiah Utama (Cabutan WOW! Plus Loyalty):
    • Honda CR-V 1.5L E
    • Perodua Ativa
    • Wang tunai sehingga RM30,000

Bayangkan, sambil menyimpan untuk masa depan anak, boleh pula bawa balik kereta baru. Win-win situation betul!

Cabutan WOW! Plus Siri 1 dah bermula!

Untuk yang nak mula sekarang, anda masih sempat sertai sebabnya Siri 1 kini berlangsung bermula dari 1 Januari sehingga 30 April 2026.

Jadi, kalau dah lama plan nak mula simpan, mungkin ini masa terbaik untuk take action!

Lebih dari sekadar simpanan

Apa yang menarik tentang Simpan SSPN bukan sekadar peluang menang, tapi manfaat jangka panjang.

Korang berpeluang membantu persediaan pendidikan anak-anak, meningkatkan disiplin dalam pengurusan kewangan serta pelbagai insentif dan kelebihan lain yang turut tersedia. Serius berbaloi!

Dalam erti kata lain, ini bukan sekadar 'cuba nasib', tapi langkah bijak untuk masa depan.

Jadi, tunggu apa lagi? Ayuh simpan di Simpan SSPN

Kadang-kadang kita selalu rasa "nanti dulu lah" bila bab simpan duit.

Tapi bila ada peluang macam ni yang mana sudah boleh menyimpan serta berpeluang memenangi hadiah besar, memang rugi sangat kalau lepaskan.

Mana tahu rezeki tahun ni, sambil menyimpan untuk anak, anda pula yang bawa pulang Honda CR-V 1.5L E nanti.

Ketahui lebih lanjut mengenai Cabutan WOW! Simpan SSPN 2026 dengan klik di SINI.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via