[VIDEO] Ramai Orang ‘Confuse’ Dengan Promo Terbaru Malaysia Ini. Apa Yang Nak Disampaikan?
Kami pun susah nak faham.
Cover image via Malaysia Truly Asia/YouTubeDah tengok video promo terbaru 'Malaysia Truly Asia 2016 TVC – South Asia'? Tak mengapa kalau belum.
Video berdurasi 2 minit 46 saat ini telah mula disiarkan sejak 4 Mac 2016 lalu di YouTube **['Malaysia Truly Asia'](https://www.youtube.com/watch?v=MkCVXh_v9cY)**. Tujuan video ini dihasilkan adalah bagi mempromosi serta mempamerkan keindahan tanah air kita yang tercinta kepada pelancong luar.
Namun begitu, ada beberapa perkara yang tak kena dengan video ini, terutamanya pada bahagian plot. Jalan cerita yang cuba ditonjolkan dalam iklan ini agak mengelirukan dan nampak seolah-olah tak ada kena mengena dengan tujuan promosi.
Jalan ceritanya ada kami terangkan di bawah.
Image via Malaysia Truly Asia/YouTube
Sebelum mulakan, apa kata kami perkenalkan dulu 2 watak utama bagi iklan ini iaitu Nurul (kiri) dan juga Shima
Image via Malaysia Truly Asia/YouTube
P/S: Kedua-dua nama hanyalah rekaan semata-mata bagi tujuan garapan cerita yang lebih mudah difahami.
Video dimulakan dengan adegan Shima bersama dua orang rakan di lobi hotel. Sedang berjalan menuju pintu, Shima ternampak Nurul berkata "OMG!" dan kemudian Shima mengajuk percakapan Nurul.
Image via Malaysia Truly Asia/YouTube
Oh, Nurul pun membawa dua orang rakan bersamanya. Dan untuk pengetahuan semua, Nurul dan Shima tak kenal pun antara satu sama lain.
Tiba di shopping mall, Shima tiba-tiba ternampak Nurul sedang memperagakan satu dress merah yang sangat cantik di dalam sebuah kedai
Image via Malaysia Truly Asia/YouTube
Shima serta-merta rasa kurang yakin dengan penampilan dirinya yang tampak begitu *simple* dan tidak *classy* seperti Nurul.
Balik di hotel, Shima terus monyok dan tak ada mood, mungkin kerana tahap keyakinan dirinya merudum teruk
Image via Malaysia Truly Asia/YouTube
Rakan-rakan Shima bagaimanapun tetap *happy*.
Melihatkan rakan-rakannya yang sentiasa ceria dan bersemangat, Shima bangkit dari kemurungan lalu mencapai makeup set dan terus berdandan bagi meningkatkan penampilan
Image via Malaysia Truly Asia/YouTube
Shima pun nak jadi cantik juga seperti Nurul.
Bukan setakat makeup, Shima juga mengenakan dress yang menonjol pada sebelah malam bagi merasai suasana nightlife di Kuala Lumpur
Image via Malaysia Truly Asia/YouTube
Nampak tak Shima dah tersenyum lebar di situ. Daripada murung, tahap keyakinan Shima kini sudah berada di *level* tertinggi.
Shima dan rakan-rakan pun menuju ke sebuah kelab malam popular di tengah kota untuk have fun and enjoy the night sementara malam masih muda
Image via Malaysia Truly Asia/YouTube
Maka mereka pun menari sakan.
Dah seronok di KL, Shima dan rakan-rakan pergi pula ke salah sebuah pulau. Sedang Shima melakukan aktiviti parasailing, tiba-tiba Nurul melambai Shima dari tepi pantai. Eh?
Image via Malaysia Truly Asia/YouTube
Oh, rupa-rupanya Nurul pun kebetulan berada di pulau yang sama dengan Shima. *What a coincidence*.
Dan siapa sangka Nurul yang cantik ini sebenarnya sangat baik hati orangnya. Walaupun Shima pernah mengajuk percakapannya di hotel tempoh hari, Nurul tetap tak berdendam dengan Shima.
Selepas parasailing, Shima dan rakan-rakan pergi naik yacht pula. Dan kebetulan lagi sekali, Nurul dan dua orang rakannya pun turut berada di atas yacht yang sama.
Image via Malaysia Truly Asia/YouTube
Kuat betul jodoh Shima dan Nurul ni. Pergi lah mana-mana dalam Malaysia sekalipun, mereka mesti akan terjumpa.
Setelah menyedari Nurul ini seorang yang baik hati, Shima yang rasa serba salah terus meluru ke arah Nurul untuk menegurnya dan berbuat baik dengannya
Image via Malaysia Truly Asia/YouTube
Mula-mula nampak macam musuh, tetapi sekarang mereka berpelukan mesra seperti *bff* yang sudah lama kenal hati budi masing-masing.
Akhirnya, keenam-enam mereka pun berhuhuhuhu…
Image via Malaysia Truly Asia/YouTube
Tamat.
Ok, apa kata kita layan dulu video penuh DI SINI:
Video ini telah dimuat naik di Facebook 'Better Nation Institute' pada 13 Mac. Sejak daripada itu, ramai netizen bertindak mengutuk penghasilan iklan ini yang langsung tidak memaparkan budaya Malaysia yang sebenar.
Image via Better Nation Institute/Facebook
Bukan sahaja jalan ceritanya yang confusing, malah orang ramai turut mempersoal apakah mesej sebenar yang cuba disampaikan melalui video promo ini?
Image via Better Nation Institute/Facebook
Untuk makluman, iklan ini sebenarnya disasarkan kepada golongan elit di negara-negara Asia Selatan seperti India, Pakistan, Sri Lanka, dan lain-lain, dan bukan kepada penduduk tempatan
Image via Better Nation Institute/Facebook

