IGTI & Bursa Malaysia Jalin Kerjasama Bimbing PKS Menerusi Platform ‘Centralised Sustainability Intelligence’
Program itu bertujuan membimbing pemain industri memperkukuh kesiapsiagaan dan keupayaan pelaporan ESG mereka secara berstruktur.
Cover image via International Green Technologies Research & Development Institute (IGTI)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Usaha memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerusi agenda Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG) kini menjadi keutamaan bagi memastikan kebolehsaingan mereka dalam rantaian bekalan global.
Perkara ini ditegaskan dalam sesi Dialog Laporan Kelestarian PKS yang berlangsung di Bursa Malaysia baru-baru ini.
Program anjuran International Green Technologies Research & Development Institute (IGTI) dengan kerjasama Bursa Malaysia dan Majlis Pembangunan ESG Negara (NESGDC) ini bertujuan membimbing pemain industri memperkukuh kesiapsiagaan dan keupayaan pelaporan ESG mereka secara berstruktur.
Selain itu, majlis tersebut mendapat sokongan daripada Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor, The Federation of Malaysian Manufacturing Malaysia Retailers Association (MRA), Persatuan SME Malaysia, Worldwide Consumers' Association dan China Certification & Inspection Group (CCIC).

Presiden IGTI, Dr. Liew Wai Loan
Image via International Green Technologies Research & Development Institute (IGTI)Salah satu tumpuan utama dialog adalah penggunaan platform Centralised Sustainability Intelligence (CSI) oleh Bursa Malaysia. Platform ini berfungsi sebagai panduan langkah demi langkah bagi PKS untuk melaksanakan pendedahan ESG yang selaras dengan jangkaan kawal selia dan pasaran antarabangsa.
Presiden IGTI, Dr. Liew Wai Loan yang juga merupakan Pensyarah Kanan di Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), menyatakan bahawa laporan ESG bukan sekadar dokumen pematuhan, malah merupakan alat kualitatif dan kuantitatif yang kritikal untuk menilai trend serta amalan dalam tahap penerapan terutamanya empat sektor utama iaitu perkhidmatan, pembuatan, pembinaan dan pertanian.
"ESG mampu memperkukuh tahap kesiapsiagaan PKS dan memberikan panduan praktikal untuk pelaksanaan. Ia menyelaraskan amalan perniagaan dengan jangkaan pendedahan yang berkembang, di samping memudahkan dialog antara pengawal selia dan peserta industri," kata beliau dalam sidang media tersebut.
Manfaat nyata di sebalik cabaran dan sokongan pakar industri

Penaung Majlis Pembangunan ESG Negara, Prof. Dato' Dr. GP Doraisamy
Image via International Green Technologies Research & Development Institute (IGTI)Majlis tersebut turut diserikan dengan penyertaan Penaung Majlis Pembangunan ESG Negara, Prof. Dato' Dr. GP Doraisamy, serta barisan panel pakar yang membincangkan hala tuju kelestarian negara, antaranya:
- Mitch Gelber (Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Bangunan Hijau Malaysia (MalaysiaGBC) )
- Tina Lu Ting Chih (Exco NESGDC & Pengarah Ecocentrique Sdn Bhd)
- Edison Choong (Timbalan Ketua Kelestarian MATRADE)
- Ng Kah Seng (Pengarah R&D dan Kelestarian Saint Gobain)
Melalui integrasi elemen ESG, PKS dijangka mampu meningkatkan reputasi dan daya tahan perniagaan mereka, disokong oleh pelbagai inisiatif kerajaan yang kini lebih mudah diakses untuk mengatasi kekangan kapasiti.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



