Iftar & Staycation: Putrajaya Marriott Hotel Destinasi Sempurna Ramadan Ini Buat Keluarga & Anak Kecil
Selain kehebatan buffet, Putrajaya Marriott Hotel turut menjadi destinasi pilihan utama untuk staycation keluarga.
Cover image via Akmal Redzwan/SAYS SeismikFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Putrajaya Marriott Hotel dengan bangganya memperkenalkan tema buffet Ramadan bagi tahun ini, "Melangkaui Rasa Ramadan"
Bertempat di Restoran Zest Lifestyle, sajian tahun ini menjanjikan kembara kulinari luar biasa yang melangkaui sempadan rasa dan tradisi bermula 20 Februari depan.
Dibawakan khas oleh Eksekutif Sous Chef Alifah, tetamu bakal dimanjakan dengan lebih 100 pilihan hidangan yang menggabungkan warisan autentik Malaysia serta citarasa antarabangsa. Antara menu utama (highlight) yang wajib dicuba termasuklah Mee Rebus Tulang Rawan, Wagyu Skewer, dan Daging Palembang dari 7 Kawah.
Buat pencinta raja buah, syurga durian menanti anda dengan hidangan Durian Dusun Segar, Durian Burnt Cheesecake, Cendol Durian, dan Serawa Durian bersama Pulut yang pastinya memikat selera.
Selain itu, terdapat stesen memasak secara langsung (live station), makanan laut di atas ais, sudut istimewa Itali, kambing golek Timur Tengah, maki roll Jepun, serta seleksi kuih-muih tradisional yang meluas.



Staycation mesra keluarga: Keselesaan buat anak-anak kecil
Selain kehebatan buffet, Putrajaya Marriott Hotel turut menjadi destinasi pilihan utama untuk staycation keluarga. Bagi ibu bapa yang membawa anak-anak kecil, hotel ini menawarkan pengalaman penginapan yang sangat selesa dan santai.
Sambil orang dewasa menikmati juadah berbuka, anak-anak boleh berhibur dengan pelbagai fasiliti mesra kanak-kanak:
- Kiddies World: Kawasan permainan indoor yang selamat untuk anak-anak kecil beraktiviti.
- Kolam Renang Luas: Kolam renang yang dilengkapi kawasan mesra kanak-kanak untuk mereka beriadah pada waktu petang sebelum waktu berbuka.
- Bilik Penginapan Luas: Bilik yang direka dengan keluasan optimum, memberikan keselesaan buat keluarga besar untuk berehat dan bersahur dalam suasana yang tenang.



Gabungan buffet "Melangkaui Rasa Ramadan" dan penginapan berkualiti menjadikannya pakej lengkap buat ibu bapa yang ingin meraikan Ramadan dalam suasana mewah namun tetap mesra anak-anak.
Butiran acara dan tempahan
- Lokasi: Restoran Zest Lifestyle, Putrajaya Marriott Hotel
- Tarikh Buffet: 20 Februari 2026 – 19 Mac 2026
- Masa: 6.30 petang – 10.00 malam
Tawaran early bird (Sehingga 20 Februari 2026):
- Dewasa: RM168.00 nett | Kanak-kanak: RM84.00 nett
Harga Biasa (Bermula 21 Februari 2026):
- Dewasa: RM218.00 nett | Kanak-kanak: RM109.00 nett
Nikmati diskaun eksklusif dengan kad debit atau kredit bank terpilih (Tertakluk kepada terma & syarat).
Untuk tempahan & pakej staycation anda boleh saja hubungi 03-8949 8888 (ext. 1888) atau WhatsApp: +6011-5685 5608 serta juga di emel [email protected] dan layari marriottputrajaya.com untuk info lanjut!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



