iDopaCola Santuni Jemaah Masjid UiTM Shah Alam, Agih 700 Tin Air Minuman Percuma
Program itu bertujuan bagi menyediakan minuman segar kepada para jemaah, di samping memperkenalkan iDopaCola kepada orang ramai.
Cover image via iDopaColaFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jenama minuman berkarbonat tempatan, iDopaCola, telah menganjurkan program agihan minuman tin percuma bertempat di Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor baru-baru ini
Inisiatif kemasyarakatan yang berlangsung sejurus tamat solat Jumaat itu menyaksikan sebanyak kira-kira 700 tin minuman diedarkan secara langsung kepada para jemaah dan komuniti setempat yang hadir.
Menurut pihak penganjur, program ini bertujuan untuk menyediakan minuman segar kepada para jemaah, di samping memperkenalkan iDopaCola kepada orang ramai melalui pendekatan yang lebih santai dan berfokus kepada komuniti.

"Inisiatif ini adalah cara kami menghargai komuniti. Kami berharap pendekatan ringkas seperti ini dapat mendekatkan lagi jenama iDopaCola dengan masyarakat melalui aktiviti yang memberi manfaat secara langsung," ujar wakil penganjur.
Sambutan yang diterima daripada para jemaah adalah amat positif, dengan rata-rata mereka menghargai usaha tersebut yang dianggap sebagai satu bentuk sedekah komuniti yang menyegarkan.
iDopaCola merupakan jenama tempatan dan alternatif Cola yang lebih ringan
Untuk info, iDopaCola merupakan produk keluaran Sinar I Sdn. Bhd., sebuah syarikat minuman berdaftar di Malaysia. Menyahut seruan gaya hidup sihat, iDopaCola diformulasikan dengan kandungan gula yang lebih rendah, iaitu hanya 4.5g gula bagi setiap 100ml.

Walaupun mempunyai kandungan gula yang rendah, ia tetap mengekalkan rasa klasik cola yang menyegarkan, menjadikannya pilihan alternatif yang lebih ringan bagi pengguna moden yang mementingkan kesihatan.
iDopaCola komited untuk terus menyokong aktiviti kemasyarakatan seumpama ini pada masa hadapan bagi mengukuhkan hubungan jenama dengan pengguna di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web rasmi di www.idopacola.com.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



