11 Idea Menu ‘Potluck’ Menarik Dan Mudah Yang Pasti Digemari Ramai
Dapatkan idea-idea appetiser, main course, dan juga desserts yang sesuai dibawa ke majlis nanti.
Cover image via MyResipiBanyak majlis makan-makan yang bakal dihadiri weekend ini?
Image via Life's Like That
Jika anda sedang mencari idea hidangan yang boleh dibawa ke majlis potluck, ikuti resipi-resipi menarik ini:
Pembuka selera:
1. Kuih Talam Keladi Berlauk
Image via MyResipi
Resipi kuih talam seperti ini cukup mudah disediakan! Anda hanya perlu mengukus adunan kuih keladi ini di dalam talam dan kemudian potong kecil untuk dihidangkan.
Untuk resipi penuh Kuih Talam Keladi Berlauk, klik sini.
2. Salad Telur Hancur
Image via MyResipi
Resipi ini memberikan nafas baru kepada hidangan salad, dengan *scrambled eggs* yang ditumis bersama kubis, tomato dan lobak merah. Tambah sos cili dan mayones jika mahu.
Untuk resipi penuh Salad Telur Hancur, klik sini.
3. Cekodok Ubi Kayu Rangup
Image via MyResipi
Ingin kongsikan menu yang *confirm* laku dengan para tetamu? Hidangkan cucur ubi kayu ini panas-panas! Rasanya yang rangup pasti disukai ramai.
Untuk resipi penuh Cekodok Ubi Kayu Rangup, klik sini.
4. Kuih Gulung Berlauk
Image via MyResipi
Walaupun mengambil lebih sedikit masa untuk disediakan, hasilnya amat memuaskan! Inti ayam berempah penuh berperisa dibalut *crepe* lembut ini pasti akan membuat semua tertawan.
Untuk resipi penuh Kuih Gulung Berlauk ini, klik sini.
Hidangan utama:
5. Nasi Goreng Serai Harum
Image via MyResipi
Pasti ramai yang setuju, nasi goreng merupakan antara hidangan paling mudah untuk dibawa ke majlis *potluck*. Tetapi untuk berikan sedikit kelainan kepada nasi goreng biasa, cuba resipi yang ditumis bersama serai ini. Harum dan enak!
Untuk resipi penuh Nasi Goreng Serai Harum, klik sini.
6. Mi Goreng Mamak
Image via MyResipi
Hidangan mi juga sesuai dijadikan menu *potluck*. Dalam masa yang singkat, anda dapat hasilkan kuantiti yang banyak untuk menjamu tetamu. *Double* atau *triple* resipi ini mengikut jemputan hos anda.
Untuk resipi penuh Mi Goreng Mamak, klik sini.
7. Penne Goreng
Image via MyResipi
Jika anda ke majlis yang mengetengahkan menu Western, anda boleh juga hidangkan pasta Penne Goreng ini! Pasta yang dimasak *al dente* digoreng pula dengan udang, cendawan, dan brokoli pasti akan digemari ramai.
Untuk resipi penuh Penne Goreng, klik sini.
Pencuci mulut:
8. Ferrero Rocher Da Bomb
Image via MyResipi
Ferrero Rocher *homemade* ini pasti menjadi kegemaran tetamu yang bakal bertandang, tidak kira yang dewasa mahupun kanak-kanak. Untuk sedikit sentuhan *festive*, gunakan kertas acuan bewarna emas seperti di dalam resipi ini.
Untuk resipi penuh Ferrero Rocher Da Bomb, klik sini.
9. Kuih Koleh Ubi Badak
Image via MyResipi
Jangan lupa cuba resipi Kuih Koleh Ubi Badak ini juga! Walaupun mudah untuk disediakan, hasilnya cukup cantik, lagi-lagi apabila dipotong kemas dan dihiasi hirisan ceri.
Untuk resipi penuh Kuih Koleh Ubi Badak, klik sini.
10. Puding Lapis Soya
Image via MyResipi
Puding warna-warni ini semestinya diminati para tetamu, khususnya kanak-kanak. Resipi ini menggunakan air kacang soya untuk memberikan rasa yang unik kepada puding ini.
Untuk resipi penuh Puding Lapis Soya, klik sini.
11. Kek Dam
Image via MyResipi
Selalu lihat video kek dam berwarna selang-seli bermain di *news feed* anda? Jadikan majlis *potluck* bersama keluarga dan rakan-rakan sebagai motivasi untuk anda mencuba resipi menarik ini!
Untuk resipi penuh Kek Dam, klik sini.
