Ibu Mengandung Boleh Dapatkan Vaksin Tdap Secara Percuma, Bantu Cegah Terkena Batuk Kokol

Batuk kokol atau pertussis adalah salah satu penyakit pernafasan yang sangat mudah berjangkit melalui hidung dan kerongkong.

Enlarge text
Cover ImageCover image via KKM (Facebook) & Xklusif
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Kesihatan (KKM) sarankan ibu hamil dengan usia kandungan antara 28 hingga 32 minggu mengambil vaksin Tdap (tetanus, difteria dan acellular pertussis)

Menerusi laporan Buletin TV3, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata vaksin ini penting untuk memberikan perlindungan daripada penyakit batuk kokol, dan mula diberikan secara percuma bermula hari ini.

"Pelaksanaan Tdap yang merupakan satu vaksinasi dalam program kami yang diberikan secara percuma untuk warganegara khasnya kepada ibu hamil 28 hingga 32 minggu.

"Saya diingatkan ada kematian terdahulu yang diakibatkan oleh batuk kokol. Jadi, ia sangat penting. Ada dua kes (yang berlaku) dan salah seorangnya mati." katanya.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad (tengah) merasmikan Majlis Sambutan Hari Imunisasi Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 hari ini.

Image via Facebook

KKM tidak mewajibkan pengambilan setakat ini

Tambah Dr Dzulkefly, KKM masih lagi tidak melaksanakan pendekatan untuk mewajibkan pengambilan vaksin berkenaan.

"Sebenarnya imunisasi di negara ini tidak pernah kita wajibkan. Kita hanya dapat menggalakkan we have not taken the policy untuk mewajibkan.

"Tetapi dengan tidak pun mewajibkan 95% ibu bapa mengikuti karena mereka mempunyai kecelikan, literasi dan pengetahuan jika tidak melindungi anak-anak, bahayanya kepada anak-anak.

"Kita tidak mewajibkan tetapi kita amat menggalakkan pengambilan imunisasi ini. Ia disediakan percuma dalam semua fasiliti kesihatan awam." katanya.

Februari tahun lalu, satu kematian melibatkan seorang bayi lelaki berusia dua bulan akibat jangkitan Pertusis atau batuk kokol direkodkan di Tanah Merah, Kelantan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: