Ibu Kongsi Detik Cemas Nyaris Hilang Anak Gara-Gara Belon Tersangkut Di Saluran Pernafasan

Allahuakbar, syukur adik tu selamat.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa sangka majlis sambutan ulang tahun kelahiran bertukar situasi cemas kepada seorang ibu apabila anak lelakinya hampir hilang nyawa gara-gara sebiji belon tersangkut dalam saluran pernafasan hingga menyebabkan jantung terhenti seketika

Menerusi hantaran tular di laman Facebook, Nurul Huda Zulkhairi berkata, anaknya, Uwais Al-Fateh tiba-tiba mengalami kesukaran bernafas sebelum tidak sedarkan diri.

"Sambutan hari lahir yang saya dan suami buat pada 20 Mei 2025 yang sepatutnya menjadi hari paling gembira buat anak saya berubah menjadi detik bersejarah dalam hidup kami apabila saya hampir kehilangan anak saya hanya kerana sebiji belon yang belum ditiupkan lagi," katanya.

Keadaan mula cemas apabila adik iparnya menyedari sesuatu tidak kena pada Uwais, muka dan badan jadi kebiruan. Rupa-rupanya anak bergurau dengan kawan dan memasukkan belon ke dalam mulut sambil berlari-lari.

"Sebelum kejadian, adik ipar saya ada maklumkan dekat abgnya Uwais macam semput. Suami saya pun cakap sekejap nak mengambil pum gas yg mmg kita dah standby since dulu Uwais selalu kena serangan Asthma dulu.

"Tiba-tiba keadaan kembali tegang apabila adik ipar saya berlari bawa anak saya dekat suami saya dengan keadaan anak saya biru ketika itu. Jantung dah berhenti.

"Suami dan kawannya buat beberapa prosedur. Mereka ingat anak saya mungkin tersedak makanan. Namun setelah cuba CPR dan gunakan satu teknik apa yang saya tak ingat nama utk keluarkan makanan masih lagi gagal.

"Tanpa lengah masa, suami saya cakap dekat kawan, dah jom ke Hospital skrg. Masa ni suami saya cakap 50-50 untuk survice sebab jantung dia dah stop Muka Uwais jadi biru.

"Bila sampai dihospital, semua doktor dan nurse bertungkus-lumus untuk selamatkan anak saya. Ketika mereka ingin melakukan proses intubate, mereka nampak ada belon di dalam saluran penafasan anak saya. Dr cepat2 keluarkan belon tersebut dan terus lakukan CPR. Alhamdulilah nyawa anak saya Allah pulangkan kembali," katanya lagi.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: