Ibu Bapa Kanak-Kanak Mati Dalam Van Tolak Pampasan RM100K Pihak Tadika Untuk ‘Tutup Mulut’

Tawaran itu dikatakan telah disifatkan sebagai sesuatu yang tidak ikhlas dan tidak bertanggungjawab terhadap ibu bapa tersebut.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Asia One & China Press
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ibu bapa kanak-kanak yang meninggal dunia selepas ditinggalkan dalam van sekolah selama berjam-jam telah menolak sejumlah wang RM100,000 daripada pengusaha tadika

Menrusi laporan China Press, keluarga itu sebelum ini meminta pampasan sebanyak RM2,059,301 daripada empat pihak termasuk pengusaha tadika, syarikat pengangkutan dan pemandu van sekolah berusia 57 tahun.

Bagaimanapun, semasa sidang media, peguam keluarga itu, Ng Kian Nam, berkata pengusaha tadika itu menawarkan RM100,000 untuk menyelesaikan perkara terbabit, tetapi tanpa mengaku salah atau meminta maaf.

"Mereka percaya pihak tadika dan pemandu bersikap tidak munasabah. Tidak ada keikhlasan, tiada akauntabiliti.

"Kami secara rasmi menolak tawaran itu dan akan meneruskan untuk memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Johor Bahru bulan depan," kata Ng.

Dia menambah bahawa pihak mereka akan menjalankan pro bono mewakili keluarga terbabit di mahkamah, bukan hanya untuk tegakkan keadilan malah untuk memastikan kecuaian seperti itu tidak akan berlaku lagi.

SAYS.com
Image via Asia One

Ibu mangsa menangis ketika sidang media, mempersoalkan bagaimana anaknya ditandakan hadir di tadika hari itu sedangkan dia tidak pernah menjejakkan kaki ke kelas

"Pihak tadika mendakwa telah membuat roll call. Tetapi anak saya tiada dalam kelas, jadi siapa yang mendaftar dia masuk? Tiada siapa yang menjawab soalan saya.

"Bolehkah jumlah itu mengembalikan Yu Zie saya? RM1 juta pun tidak akan mencukupi, kami hanya mahukan anak kami," kata ibu tersebut mengkritik tawaran RM100,000 terbabit.

Bapa mangsa, Teo Jia berkata pihak keluarga berharap Jabatan Peguam Negara (AGC) mengambil tindakan lanjut terhadap tadika berkenaan.

Menurut peguam ibu bapa berkenaan, pejabat penasihat undang-undang negeri Johor enggan mendakwa pengusaha tadika itu. Penasihat undang-undang terbabit dikatakan telah dua kali menolak permintaan keluarga itu untuk mendakwa pengusaha tadika, tanpa memberikan sebarang sebab.

"Kami kini akan menulis terus kepada AGC di Putrajaya untuk merayu keputusan itu. Kami percaya pengusaha tadika, sebagai majikan pemandu van, gagal dalam tugas mereka untuk menyelia dan menguatkuasakan langkah keselamatan yang sewajarnya, seperti kehadiran dan panggilan masuk," tambah peguam itu.

SAYS.com
Image via China Press

Susulan tragedi itu, kerajaan negeri Johor memperkenalkan prosedur operasi standard baharu bagi pengusaha bas sekolah dan van

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Aznan Tamin, langkah baharu itu bertujuan mengutamakan keselamatan pelajar dan mengelak tragedi serupa berulang pada masa hadapan.

"SOP ini mesti dipatuhi dengan ketat oleh semua pengendali berlesen perkhidmatan pengangkutan sekolah," katanya.

Pada 30 April lalu, kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun berkenaan ditemui tidak sedarkan diri dalam sebuah van sekolah yang diletakkan di luar sebuah tadika di Taman Bukit Indah.

Mangsa telah ditinggalkan di dalam kenderaan selama kira-kira lima jam, apabila dia akhirnya ditemui kira-kira jam 12 tengah hari, dia sudah tidak bertindak balas dan kemudiannya disahkan meninggal dunia, dipercayai mati akibat panas dan sesak nafas.

Pemandu berusia 57 tahun itu sepatutnya dihadapkan ke mahkamah pada 17 Jun tetapi gagal hadir bersama peguam dan penjaminnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: