“Hutang Wajib Bayar!” – Dr Asyraf Wajdi Seru Peminjam Runding Segera Isu Hutang Dengan MARA

Tular video sebelum ini mengenai seorang penjamin yang menjadi mangsa culas peminjam tidak langsaikan hutang.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki tegas setiap pinjaman yang dibuat dengan MARA adalah tanggungjawab peminjam dan ia wajib dilunaskan

Menerusi sebuah hantarannya di Facebook, beliau memaklumkan setiap pembayaran yang dilunaskan dapat memberi manfaat kepada peminjam lain pada masa hadapan.

Asyraf turut menyeru agar semua peminjam hadir ke lobi MARA hari ini dan esok untuk berunding dengan pegawai bagi pembayaran semula pinjaman termasuk isu penjamin, pengurangan dan penjadualan semula.

"Hutang wajib dibayar! Jemput ke Lobi MARA hari ini dan esok untuk berunding soal bayaran balik pinjaman termasuk isu penjamin, pengurangan, penjadualan.

"Ada masalah nak bayar balik pun boleh datang jumpa. MARA anjurkan program PEACE OF MIND di perkarangan Lobi Medan MARA Kuala Lumpur sehingga esok, Sabtu. Ingatlah setiap sen yang dibayar untuk manfaat orang lain pula," katanya.

SAYS.com

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Image via Facebook

Asyraf sebelum ini berkongsi situasi seorang pesara yang perlu menanggung hutang peminjam disebabkan menjadi penjamin

Dalam sebuah hantarannya di laman sosial pada khamis, beliau telah berkongsi kisah seorang pesara semasa tererempak dengannya yang sedang berurusan di kaunter berunding mengenai pembayaran balik hutang pinjaman pelajaran MARA.

"Yang menyebabkan darah saya menyirap, rasa marah bercampur simpati ialah kerana pak cik yang merupakan seorang pesara kerajaan ini hanyalah penjamin dan menjadi mangsa kepada peminjam yang culas tidak mahu bertanggungjawab melangsaikan hutang pinjaman pelajaran luar negara, walaupun kini sewenangnya memperagakan kemewahan dan kesenangan hidupnya di media sosial.

"Saya pantang dengan peminjam yang culas! Kalau berhutang, tunaikanlah janji. Jangan memangsakan penjamin yang dahulunya kita merayu untuk dibantu. Bila sudah berjaya, hutang tidak mahu bayar, malah penjamin dibiarkan menderita akibat kecurangan kita.

"Dalam kes ini, saya telah mengarahkan supaya MARA ambil tindakan tegas menjejaki dan mengambil tindakan perundangan terhadap peminjam terlebih dahulu. Jangan sampai yang teraniaya dihukum, sedangkan yang bersalah bebas, meneruskan kehidupannya tanpa sedikitpun rasa bersalah," tegasnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: