“Human Washer Of The Future” – Mesin Basuh Manusia Berharga RM1.59 Juta Kini Mula Dijual
Sesuai untuk siapa yang malas mandi tu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Mesin basuh manusia yang mendapat perhatian pengunjung Ekspo Dunia kini sudah tersedia dalam pasaran
Menerusi laporan Harian Metro, jurucakap syarikatnya berkata prototaip yang dipanggil 'human washer of the future' itu kini mula dijual di Jepun selepas berjaya menarik perhatian pengunjung di Ekspo Dunia di Osaka Oktober lalu.
Untuk menggunakan mesin itu, pengguna perlu berbaring di dalam pod, menutup penutup dan dibersihkan seperti pakaian dalam mesin basuh tetapi tanpa putaran, sambil ditemani alunan muzik.
Teknologi ini dihasilkan oleh syarikat Jepun, Science dan ia merupakan versi terkini produk yang dipamerkan ketika Osaka menjadi tuan rumah acara sama pada 1970.
"Presiden syarikat kami terinspirasi ketika dia berusia 10 tahun pada waktu itu. Mesin ini bukan sahaja membasuh badan anda tetapi juga jiwa anda," kata jurucakap Science, Sachiko Maekura, sambil memberitahu ia turut memantau degupan jantung dan tanda vital pengguna.

Cecah harga kira-kira RM1.59 juta seunit
Media tempatan melaporkan bahawa harga runcit mesin ini mencecah harga sehingga 60 juta yen (kira-kira RM1.59 juta).
Selepas sebuah syarikat resort Amerika Syarikat (AS) menghubungi Science bagi mengetahui sama ada prototaip itu akan dikomersialkan, Science memutuskan untuk menghasilkan mesin itu secara sebenar.
Sachiko berkata, sebuah hotel di Osaka menjadi pembeli pertama mesin berkenaan dan sedang bersedia untuk menawarkan perkhidmatan itu kepada tetamu hotel.
Tambahnya, pembeli lain turut terdiri daripada rangkaian runcit elektronik pengguna utama di Jepun, Yamada Denki, yang berharap mesin itu akan menarik orang untuk melawat kedai mereka.
"Sebahagian daripada daya tarikan mesin ini ialah kerana ia jarang wujud, kami merancang untuk menghasilkan hanya kira-kira 50 unit sahaja," kata Sachiko.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 