Hukuman Perintah Khidmat Masyarakat Sudah Mula Berkuat Kuasa Untuk 8 Negeri Ini

Perintah ini melibatkan hukuman untuk menangani isu sampah sarap di tempat awam.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sinar Harian & Bernama
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perintah Khidmat Masyarakat di bawah Akta 672 (Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007) kini mula dikuatkuasakan untuk beberapa negeri

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), hukuman ini dilaksanakan menerusi pindaan Akta 672 yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada Ogos 2025 dan dibentangkan di Dewan Negara pada bulan yang sama.

Pesalah yang disabitkan dengan hukuman perlu menjalani Perintah Khidmat Masyarakat sehingga 12 jam dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh sabitan.

Undang-undang tidak memerlukan pesalah menghabiskan tempoh 12 jam dalam satu sesi berterusan. Penjadualan dan pengawasan akan ditentukan oleh pegawai yang diberi kuasa mengikut perintah mahkamah.

Pelaksanaan hukuman Perintah Khidmat Masyarakat ini telah berkuat kuasa bermula 1 Januari 2026 di:

  • Johor
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Perlis
  • Kedah
  • Kuala Lumpur
  • Putrajaya

Bagi negeri Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Terengganu yang tidak menggunakan Akta 672, pelaksanaan perintah khidmat masyarakat akan bermula secepat mungkin tertakluk kepada kelulusan Pihak Berkuasa Negeri masing-masing.

Selain Perintah Khidmat Masyarakat, pesalah juga boleh dikenakan denda RM2,000 hingga RM10,000 bagi kesalahan sama di mana penguatkuasaan Perintah Khidmat Masyarakat ini adalah sebagai tambahan kepada denda tersebut dan bukan bertujuan menggantikan denda sedia ada.

SAYS.com
Image via Envato Elements/FMT

Berikut adalah aktiviti hukuman khidmat masyarakat yang boleh dikenakan jika disabitkan kesalahan oleh mahkamah:

  • Mengutip sisa pepejal
  • Menyapu sisa pepejal
  • Mencuci
  • Mengelap lantai
  • Mengecat
  • Membuang sisa pepejal
  • Memotong rumput
  • Mengalihkan bangkai
  • Membersihkan sarang labah-labah

Tindakan enggan, melawan, gagal mematuhi, atau melarikan diri daripada Perintah Khidmat Masyarakat merupakan satu kesalahan berasingan di bawah peruntukan undang-undang yang dipinda.

Jika disabitkan kesalahan atas ketidakpatuhan tersebut, pesalah boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM2,000 dan tidak melebihi RM10,000.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Sinar Harian

KPKT menetapkan mekanisme kawalan bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa ketika menangkap suspek

Pegawai yang sedang dalam proses menangkap suspek atau ketika melaksanakan perintah perlu mengikut panduan yang telah ditetapkan KPKT.

Tindakan mesti disokong oleh bukti sah seperti pemerhatian langsung, kenyataan saksi, bukti foto atau video seperti yang tertakluk di bawah Akta Keterangan 1950.

Pegawai yang terlibat juga tertakluk kepada peraturan tatatertib dalaman dan garis panduan pentadbiran serta Peraturan-Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Jenis Perkhidmatan Komuniti dan Tatacara Penyeliaan Prestasi Perkhidmatan Komuniti) 2026.

Pengawasan dan penguatkuasaan akan dijalankan oleh pegawai yang diberi kuasa daripada agensi sedia ada seperti yang berikut:

  • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974
  • Pegawai yang diberi kuasa yang dilantik di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007
  • Pegawai dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) di negeri-negeri yang telah menerima pakai Akta tersebut.


Orang awam boleh mengemukakan aduan kepada SWCorp menerusi talian 013-210 7472 (WhatsApp) atau Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) SWCorp di swcorp.spab.gov.my.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: