[GAMBAR] Hotel Pusat Kuarantin COVID-19 Di China Runtuh, 10 Maut Dan Ramai Terperangkap
Kejadian berlaku pada petang Sabtu, 7 Mac 2020.
Cover image via World Times NewsSebuah hotel yang dijadikan pusat kuarantin COVID-19 di Fujian, China telah runtuh pada Sabtu, 7 Mac 2020
Image via AFP
Sekurang-kurangnya 10 orang terkorban dan 23 masih hilang setakat Ahad, 8 Mac 2020 selepas hotel 5 tingkat itu runtuh, yang mana puncanya masih belum dikenal pasti.
Image via South China Morning Post
Laporan turut mengatakan bahawa ketika kejadian berlaku, seramai 71 orang berada di dalam bangunan dan kebanyakannya telah diselamatkan.
Pasukan penyelamat masih berusaha bertungkus-lumus untuk menyelamatkan baki mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan
Image via World Times News
Kira-kira 200 anggota bomba dan 800 penduduk tempatan telah dihantar ke tempat kejadian bersama-sama 11 pasukan SAR dan tujuh anjing penyelamat.
Image via AFP
Ambulans, jengkaut dan kren juga dilancarkan ke tapak tersebut, manakala wakil-wakil dari Beijing sedang dalam perjalanan ke Quanzhou untuk membantu dalam usaha menyelamat.
Hotel yang diberi nama Xinjia Hotel ini dibuka pada 2018 dan memuatkan 80 bilik
Image via Caixin Global
Hotel tersebut digunakan sebagai kemudahan kuarantin yang memantau penduduk yang mempunyai close contact dengan pesakit koronavirus. Dilaporkan 58 daripada 71 orang di dalam bangunan itu berada di bawah kuarantin.
Image via China News
Menurut sumber, tingkat pertama bangunan tersebut sedang menjalani kerja-kerja pengubahsuaian sejak sebelum Tahun Baru Cina, sambil menambah bahawa polis telah mengeluarkan saman terhadap pemilik hotel.

