[GALERI] Siapa Dah Tengok Hotel Kontena Di Johor Ini? Memang ‘Style’ Habis!
Makin lama makin unik hotel-hotel di Malaysia ni.
Cover image via pptmuarhotel.gbs2u.comCantik, terbaik dan memang cool! Itulah yang dapat kami ungkapkan apabila melihat hotel kontena yang terletak di Muar, Johor ini
Image via pptmuarhotel.gbs2u.com
Image via pptmuarhotel.gbs2u.com
Gambar-gambar di atas pun dah mencuri hati dan pandangan kita kan? Apa kata anda *scroll* lagi ke bawah.
PPT Muar Hotel yang terletak di Jalan Bakri Muar, Johor ini membawa konsep yang berbeza dan unik sekali kerana berkonsepkan bilik dalam kontena
Image via pptmuarhotel.gbs2u.com
Pilihan warna-warna ceria yang digunapakai pada kontena betul-betul menyerlahkan lagi keunikan hotel ini. Konsep, ciri-ciri dan susun atur hotel ini juga sangat minimalis.
Image via containerhotel.gbs2u.com
Untuk pengetahuan anda, sebanyak 41 buah bilik disediakan di sini dan setiap bilik mempunyai perinciannya yang tersendiri. Cukup cantik dan selesa!
Image via pptmuarhotel.gbs2u.com
Image via pptmuarhotel.gbs2u.com
Hotel ini menyediakan 6 jenis bilik iaitu ***single room, standard room, deluxe room, classic room, family room*** dan ***executive room***. Setiap bilik mempunyai dekorasi yang tersendiri dan buat masa ini PPT Muar Hotel sedang mengadakan harga promosi buat semua bilik. Jadi tunggu apa lagi? Inilah masanya.
Image via pptmuarhotel.gbs2u.com
Menariknya lagi, hotel ini juga bertemakan alam yang mana silingnya bercorak lukisan langit dan awan. Jadi apabila anda berada di dalam hotel ini, anda akan merasa seolah-olah berada di waktu pagi yang indah. Sangat menyegarkan!
Image via pptmuarhotel.gbs2u.com
Image via pptmuarhotel.gbs2u.com
Penggunaan cahaya lampu seperti *downlight* juga memberikan suasana indah di dalam kawasan hotel tersebut. Kombinasi tumbuhan, awan dan lampu ini pastinya membangkitkan *mood* ceria buat sesiapa yang menginap di sini.
Lihatlah dekorasi dalamannya ini. Tak boleh sangkal lagi, memang terbaik dan dalam masa yang sama sangat mendamaikan.
Image via pptmuarhotel.gbs2u.com
Image via pptmuarhotel.gbs2u.com
Image via pptmuarhotel.gbs2u.com
Buat anda yang ingin menginap di sini, jangan risau kerana kawasan meletak kereta juga disediakan bersebelahan hotel. Jadi, mudah untuk anda sekiranya ingin bergerak melawati tempat-tempat menarik di sekeliling Muar dan Johor.
**Alamat penuh**
41 – 3, Jalan Bakri, 84000 Muar, Johor
**Untuk tempahan sila hubungi:**
Tel No: 06 – 953 9999
Fax No: 06 – 952 3377
Layari [pptmuarhotel.gbs2u.com](http://pptmuarhotel.gbs2u.com/bd/index3.asp?userid=80938593&idno=1) untuk maklumat lanjut.


