Hot FM Sanggup Kayuh 450KM Dalam 5 Hari Sempena Kempen Mi Sedaap Beskal Bekpes Hot
Kayuhan lima hari itu turut mencerminkan semangat ketahanan, komitmen dan hubungan erat antara Hot FM serta pendengar.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Selepas lima hari mengharungi laluan mencabar dari utara ke Lembah Klang dengan pelbagai ujian fizikal serta cuaca tidak menentu, pasukan Bekpes Hot menamatkan kayuhan sejauh 450 kilometer (km) menerusi kempen Mi Sedaap Beskal Bekpes Hot semalam
Rombongan berbasikal diketuai barisan penyampai Hot FM iaitu Khairy Jamaluddin (KJ), Johan, Fara Fauzana dan AG bersama peserta lain itu memulakan perjalanan dari Alor Setar. Mereka merentasi beberapa buah negeri seperti Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor selama lima hari sebelum tiba di Galeri SA, Shah Alam, pada jam 2 petang semalam.
Sepanjang perjalanan, pasukan ini berdepan pelbagai cabaran fizikal serta cuaca yang tidak menentu. Hari terakhir menampilkan detik penuh emosi dan semangat kebersamaan apabila pasukan Bekpes Hot bergerak dari Kuala Selangor menuju Shah Alam untuk menamatkan misi bersejarah ini.

Flag Off Grand Final – Warung Wak Salim
Siaran luar terakhir kempen ini berlangsung di Warung Wak Salim, Kuala Selangor. Lokasi ini dipenuhi pendengar yang hadir sejak awal pagi untuk memberikan sokongan kepada para personaliti Hot FM iaitu KJ, Johan, Fara Fauzana dan AG, bersama para peserta kayuhan. Lebih membanggakan, acara pelepasan hari ini telah dilakukan oleh YB Dato' Noorazley Bin Yahya selaku ADUN Bukit Melawati. Kayuhan terakhir hari ini menjadikan jarak lebih kurang 70 kilometer apabila tiba di lokasi penamat di Shah Alam.
Hentian Pertama – Gulai Kawah Batang Pisang, Kampung Parit Mahang
Selepas mengharungi 11 kilometer pertama dengan cuaca hujan lebat dan angin kencang, pasukan Beskal Bekpes Hot berhenti untuk hentian pertama di Gulai Kawah Batang Pisang, Parit Mahang.
"Saya dah sampai di hentian yang pertama iaitu Gulai Kawah Batang Pisang, yang lain masih berada di belakang. Harini cuaca tidak mengizinkan — angin yang kencang, hujan yang lebat — namun geng Hot FM, kru serta rakan-rakan Beskal Bekpes Hot masih gigih untuk sampai ke garisan penamat," — KJ, Personaliti Hot FM.
Walaupun keadaan cuaca agak ekstrem, penduduk kampung tetap keluar memberikan sorakan dan kata-kata semangat kepada pasukan, menjadikan hentian ini antara momen yang paling bererti sepanjang perjalanan.
Hentian Kedua – Restoran Satay Famili, Meru Klang
Perjalanan diteruskan sejauh lebih 40 kilometer menuju ke Restoran Satay Famili, Meru Klang untuk hentian kedua. Peserta mengambil masa untuk mengisi tenaga sebelum meneruskan kayuhan terakhir menuju Shah Alam.
"Hari Kelima, dan di hentian yang kedua dan saya yang belakang sekali. Alhamdulillah kita dapat mengejar Chief. Sebenarnya memang agak susah sebab chief adalah orang yang sangat powerful. Bukan sahaja powerful tapi Chief ni maintain je dan susah nak kejar dia dengan amar baharin dan dengan pace dia macam tu kita rasa tercabar. Tapi team bantu kita untuk kejar Chief. Alhamdulillah ada team grupetto yang bantu kita kejar Chief dan sampai sama sama." – Johan, Personaliti Hot FM.
Penamat Mi Sedaap Beskal Bekpes Hot – PKNS Galeria SA Sentral Shah Alam

Pasukan Bekpes Hot tiba di PKNS Galeria SA Sentral, Shah Alam, menandakan tamatnya kayuhan sejauh 450 KM Mi Sedaap Beskal Bekpes Hot. Para peminat memenuhi kawasan penamat untuk menyambut kepulangan para personaliti Hot FM serta peserta kayuhan yang telah merentasi laluan mencabar dari Alor Setar hingga Shah Alam. Kempen ini bukan sekadar kayuhan, ia adalah simbolik kepada semangat ketahanan, disiplin, sokongan komuniti dan hubungan erat antara Hot FM serta rakyat Malaysia.
"450 kilometer dari Alor Setar hingga ke Shah Alam kita jumpa macam macam orang, yang lambai team bekpes hot dan yang tunggu di hentian, best journey. Memang objektif kita tercapai, sebab kita nak jumpa dengan komuniti kita dapat jumpa depan depan. Cabaran mestilah ada, cuaca dan teknikal mesti ada, tapi semangat team semangat Bekpes Hot hari ni kita sampai di Shah Alam," – Raja Khairil, Pengarah Kanan Kandungan Kanan Hot FM.
"Kita ni sentiasa nak kan cabaran yang baru, radio ni bukan sekadar radio yang siaran di dalam studio tapi ianya boleh juga berada diluar dan tiada limitasi. Kalau kita letak mindset disitu dan adanya kerjasama seperti KJ, Johan, Fara Fauzana dan AG mesti boleh lakukan. Diaorang ni memang sukakan adventure, dengan adanya sokongan dan semangat terutamanya Chief, dari mulanya dengan Bekpes Hot bersiaran secara langsung dalam train dari KL ke Padang Besar. Jadi selepas tu kita pun buat mendaki Gunung Kinabalu dan sebagainya. Jadi bila dah boleh buat, mereka pun menunggu what's next'," – Nazri Notan, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio.
Pihak Hot FM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang tidak pernah berhenti memberikan sokongan sejak hari pertama kempen ini dijalankan. Ucapan terima kasih turut ditujukan kepada penaja utama, Mi Sedaap, atas komitmen padu mereka sepanjang keseluruhan perjalanan kempen ini.
Hot FM juga menghargai sokongan rakan-rakan strategik seperti Joo Ngan & Son, Pro Pain, Pro Apparel, Supbonk, Plan A serta MyDigital ID yang sentiasa bersama memastikan kelancaran setiap peringkat Mi Sedaap Beskal Bekpes Hot. Tanpa kerjasama dan sokongan mereka, kejayaan kempen ini tidak akan menjadi kenyataan. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan personaliti serta artis tanah air yang turut sama menjayakan dan memeriahkan kempen Mi Sedaap Beskal Bekpes Hot seperti Datuk Muqharabbin (Datuk Qobin), Ozlyn Wati serta Amar Baharin.
Untuk mengikuti perkembangan terkini, orang ramai boleh melayari platform media sosial rasmi @hotfm976 serta strim Hot FM secara langsung melalui Audio+.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 