Hospital Universiti Malaysia Sabah Jadi Pusat Kesihatan Pertama Tawar Hippotherapy Di Borneo

Hippotherapy merupakan sebuah terapi menggunakan pergerakan kuda untuk kanak-kanak kurang upaya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via HUMS
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) bakal jadi hospital pertama di Borneo tawar perkhidmatan Hippotherapy secara klinikal kepada kanak-kanak istimewa

Menerusi laporan Nabalu News, Pengarah HUMS, Profesor Madya Dr. Hajah Malehah Datuk Mohd Noh berkata perkhidmatan itu akan dilaksanakan melalui kerjasama strategik antara HUMS, Happy Farms Hippotherapy Malaysia dan Nautica Stable.

"Hippotherapy bukan sekadar rawatan fizikal, tetapi juga berperanan membantu memulihkan fungsi dan keyakinan diri pesakit melalui aktiviti interaktif yang menyeronokkan.

"HUMS berhasrat menjadi hospital pertama di Borneo yang menyediakan rawatan ini secara rasmi," katanya.

Menurutnya, Hippotherapy ialah kaedah terapi menggunakan pergerakan kuda sebagai pemangkin rawatan bagi membantu meningkatkan keseimbangan, kawalan postur, kekuatan otot teras serta kemahiran deria dan komunikasi pesakit.

"Terapi ini diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai antara rawatan berkesan bagi individu yang mengalami cerebral palsy, autisme, sindrom down, kelewatan perkembangan dan gangguan neurologi lain.

"Langkah HUMS memperkenalkan perkhidmatan Hippotherapy ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam memperkukuh bidang kesihatan dan pemulihan di Sabah, sekali gus memberi harapan baharu kepada kanak-kanak berkeperluan khas di seluruh Borneo," jelasnya.

SAYS.com
Image via HUMSImage via

Kuda dipilih disebabkan pergerakan hampir sama dengan manusia

Menurut Juruterapi Cara Kerja HUMS, Nurirdiyana Idros, pemilihan kuda dalam terapi ini adalah berdasarkan nilai terapeutik yang tinggi kerana pergerakannya hampir menyerupai manusia.

Beliau yang juga merupakan juruterapi Hippotherapy memaklumkan bahawa terapi pergerakan kuda sudah lama diamalkan di luar negara dan diakui keberkesanannya.

"Pergerakan kuda menggantikan fungsi kaki manusia. Ia membantu pesakit, terutamanya yang mengalami gangguan koordinasi atau cerebral palsy, untuk melatih otot teras dan meningkatkan keseimbangan tubuh.

"Malaysia mungkin masih baharu memperkenalkan terapi ini, namun langkah HUMS akan menjadi titik tolak penting dalam bidang pemulihan kanak-kanak berkeperluan khas," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: