Hospital Sultanah Aminah Bakal Naik Taraf Kemudahan & Parkir Bertingkat Dalam Perancangan
Ia bagi mengatasi isu kesesakan harian yang dihadapi hospital berkenaan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kajian melalui makmal penilaian nilai (Value Assessment Lab) bagi projek pembinaan parkir bertingkat di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru telah pun selesai dijalankan
Menerusi laporan Sinar Harian, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, projek berkenaan kini menunggu laporan penuh sebelum garis masa sebenar pembinaan dapat ditentukan.
"Peruntukan bagi pembinaan parkir bertingkat telah diluluskan dan proses penilaian teknikal juga telah diselesaikan.
"Sekarang ini, kita masih menunggu laporan lengkap untuk mengetahui tarikh pelaksanaan sebenar," katanya.
Image via JKN Johor
Inisiatif bagi mengatasi isu kesesakan harian yang dihadapi hospital
Menurut Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, kerajaan negeri sedar akan isu kesesakan tempat letak kereta di Hospital Sultanah Aminah, khususnya pada hujung minggu apabila jumlah pelawat meningkat.
"Peruntukan bagi pembinaan parkir bertingkat telah diluluskan dan proses penilaian teknikal juga telah diselesaikan.
"Sekarang ini, kita masih menunggu laporan lengkap untuk mengetahui tarikh pelaksanaan sebenar," katanya.
Tambah beliau, kerajaan negeri maklum mengenai kesesakan tempat letak kenderaan di hospital tersebut terutamanya pada hujung minggu.
"Buat masa ini, alternatif parkir adalah di kawasan berhadapan HSA. Kita bimbang aspek keselamatan sekiranya kenderaan diletakkan di bahu jalan utama," ujarnya.
Pada masa yang sama, beliau memberitahu kerja-kerja naik taraf membabitkan lapan buah wad sedang giat dijalankan dengan salah satu daripadanya dijangka dibuka kepada pesakit bermula esok.
"Kita sedia maklum bahawa HSA adalah antara hospital paling sibuk di negara ini dengan jumlah pesakit harian mencecah kira-kira 2,000 orang.
"Justeru, tumpuan serius diberikan oleh Exco Kesihatan dan saya sendiri untuk memastikan semua pelaksanaan berjalan dengan lancar.
"Mana-mana perkara yang boleh dipercepatkan, saya telah arahkan untuk dipercepatkan," katanya.
Sebagai makluman, pada September 2023 lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM500 juta untuk menaik taraf Hospital Sultanah Aminah menerusi pelaksanaan fasa pertama.
Antara projek yang dicadangkan di bawah peruntukan ini termasuklah pembinaan poliklinik baharu dan parkir bertingkat, bagi menangani isu kesesakan harian yang sudah lama membebankan pesakit dan pelawat di hospital berkenaan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via 