Hospital Putrajaya Kini Diiktiraf Sebagai Antara Salah Satu Hospital Yang Terbaik Di Dunia

Semoga terus sukses dan kekal memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hospital Putrajaya (HPj) melakar sejarah apabila menerima pengiktirafan sebagai satu daripada Hospital Terbaik Dunia 2025

Menerusi laporan Bernama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata pengiktirafan itu turut mencerminkan dedikasi doktor, jururawat dan petugas perubatan yang bertungkus-lumus memberi layanan terbaik kepada pesakit.

"Kejayaan ini adalah milik semua pesakit yang percaya dan memberi sokongan, keluarga yang setia menemani serta masyarakat yang menghargai usaha murni wira kesihatan ini.

"Semoga Hospital Putrajaya terus menjadi lambang kecemerlangan dan inspirasi kepada seluruh institusi perubatan di tanah air," katanya.

Menerusi semakan di laman Newsweek dan Statista, HPj didapati diletakkan di kedudukan ke-29 dengan skor sebanyak 71.59 peratus.

Turut mendapat perhatian daripada bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Pencapaian itu turut mendapat perhatian daripada Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang juga adalah bekas Ketua Pengarah Kesihatan, mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada seluruh warga HPj.

"Kejayaan ini adalah bukti komitmen berterusan setiap anggota hospital daripada barisan hadapan hingga ke pentadbiran dalam memberikan rawatan yang berkualiti tinggi, selamat, dan berfokuskan pesakit.

"Semoga pengiktirafan ini terus menjadi inspirasi untuk kita semua mengekalkan kecemerlangan dan memperkukuh lagi HPj sebagai pusat penjagaan kesihatan pilihan utama negara,"
katanya.

Menurutnya, pengiktirafan berprestij itu adalah hasil daripada penilaian bebas dan telus berdasarkan parameter utama antaranya cadangan dan penilaian daripada rakan-rakan profesional perubatan, metrik kualiti hospital dan pengalaman pesakit.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: