Hospital Cyberjaya Beri Penjelasan Selepas Wanita Dakwa Tak Boleh Masuk Hospital Sebab Isu Pakaian

Difahamkan, insiden terbabit berlaku pada Ahad, 21 September lalu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Facebook
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebuah hantaran oleh seorang wanita mengenai dirinya tidak dibenarkan masuk ke Hospital Cyberjaya kerana pakaiannya tular, menyebabkan pihak hospital mengeluarkan penjelasan awam

Menerusi hantarannya itu, wanita tersebut yang telah datang dari Port Dickson mendakwa dua pengawal keselamatan wanita telah menghalangnya di pintu masuk hospital dan memberitahunya bahawa "lengannya terdedah", dikatakan telah "melanggar" kod pemakaian di hospital.

"Saya terkejut dengan penguatkuasaan ini, sedangkan saya berpakaian sopan dan sewajarnya," tulisnya.

Wanita itu menyifatkan polisi itu sebagai "sangat membimbangkan" dan "boleh dikatakan diskriminasi" sambil menambah bahawa ia menimbulkan kebimbangan serius tentang keterangkuman, kebolehcapaian dan berat sebelah ke atas jantina.

Dia berpendapat bahawa hospital adalah perkhidmatan penting, bukannya ruang keagamaan dan akses kepada penjagaan kesihatan tidak seharusnya tertakluk kepada standard pakaian yang sewenang-wenangnya.

Dia akhirnya berkeras untuk masuk, menjelaskan bahawa dia telah datang dari Port Dickson untuk melawat abangnya. Dia dibenarkan masuk, tetapi mendakwa hanya diberi masa lima minit tempoh lawatan.

SAYS.com
Image via Facebook

Hospital Cyberjaya bertindak keluarkan kenyataan, menjelaskan bahawa kod pemakaian pelawat adalah amalan standard di kebanyakan kemudahan kesihatan awam

Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, 1 Oktober, hospital itu menjelaskan bahawa garis panduan itu bertujuan untuk mengekalkan "persekitaran yang sopan dan kondusif" untuk pesakit, kakitangan, dan pelawat.

Ia juga menafikan bahawa wanita itu dilarang, mengatakan dia hanya "dinasihatkan" untuk mematuhi garis panduan tetapi akhirnya dibenarkan melawat atas budi bicara hospital.

Hospital itu juga menekankan bahawa pesakit yang mendapatkan rawatan dikecualikan daripada kod berpakaian dan akan sentiasa menerima penjagaan.

"Hospital Cyberjaya ingin menegaskan bahawa bagi pesakit yang hadir untuk mendapatkan rawatan, mereka akan diterima dalam apa jua keadaan, khususnya semasa kecemasan. Pesakit dikecualikan daripada kod etika pemakaian dan tidak sekali-kali dinafikan hak untuk mendapatkan rawatan," tulis kenyataan itu.

Bagaimanapun, kenyataan hospital itu tidak menyebut had lima minit yang debritahu wanita itu

Perkongsiannya itu telah menarik perhatian umum sehinggalah sampai kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Bercakap kepada media, Dr Dzulkefly menggesa cara pengurusan dan komunikasi yang jelas dalam situasi sedemikian sambil menekankan bahawa walaupun garis panduan telah disediakan, keutamaan harus membenarkan pelawat melihat orang tersayang tanpa halangan yang tidak perlu.

"Saya tidak mahu perkara ini dibesar-besarkan. Kita memang ada garis panduan, tetapi apa yang lebih penting ialah cara pengurusan dan komunikasi yang baik," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: