Hisap Ganja Dulu Sebelum ‘Study’ Agar Mudah Faham, 10 Penuntut IPTS Ditahan Di Shah Alam
Penuntut berusia dalam lingkungan 19 tahun hingga 23 tahun.
Cover image via Harian MetroSeramai 10 penuntut institut pengajian tinggi swasta (IPTS) dicekup dalam satu serbuan Op Cegah oleh penguatkuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Petaling Jaya, di sebuah pangsapuri di Shah Alam, Isnin lalu
Dalam serbuan jam 2 pagi itu, sekumpulan pelajar itu ditahan kerana sedang mengambil ganja yang kononnya ia adalah 'perlu' sebelum memulakan ulang kaji pelajaran secara berkumpulan untuk mudah faham dan mengingati apa yang dipelajari.
Menurut pemangku Ketua Pegawai AADK Daerah Petaling Shahrilnizar Nordin, ketika serbuan pengawal keselamatan pangsapuri berkenaan tidak memberikan kerjasama apabila mengunci tayar kenderaan dinaiki AADK.
Image via Harian Metro
Namun, serbuan tetap dibuat dan mendapati 10 penuntut terbabit dalam keadaan lalok di sebuah unit pangsapuri dipercayai disewa mereka
Kesemua penuntut itu dibawa ke pejabat AADK Petaling untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, dalam serbuan berasingan, lapan individu berusia antara 20 tahun hingga 30 tahun ditahan di Damansara Perdana kerana positif dadah.
Semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983.

