‘Hilang Payudara, Hilang Setia Suami?’ – Ini Respon Seorang Lelaki Terhadap Isu Ini
Betul sangat apa yang doktor ini cakap. Kaum adam, sila baca dan faham ya.
Cover image via Rx Massage TherapyKanser payudara menyumbangkan peratus yang tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Penyakit ini juga berada di tangga kelima dalam kadar kematian.
Image via Rx Massage Therapy
Faktor yang boleh diambilkira ialah lokasi tumor atau tisu punca, jenis tisu atau histologi, gred tumor, peringkat tumor, kemunculan dan aktiviti tumor, status nodus dan perebakan. Penyakit merbahaya ini selalunya akan menyerang wanita yang mempunyai masalah tertentu.
Namun, apa pula nasib seseorang jika mereka terpaksa membuang payudara kerana mereka menghidap kanser tersebut? Bagaimana pula reaksi seorang suami mengenai isu ini?
Seorang lelaki di laman Twitter iaitu Muhd Iqbal Samsudin telah membincangkan tentang pengajaran yang perlu diambil oleh seorang suami jika isterinya terpaksa membuang payudara demi bertarung dengan penyakit ini.
"Kahwin sebab payudara. Tanpa payudara, hilang setia?" Baca 4 respon lelaki ini terhadap isu tersebut.
Image via Twitter @muhdiqbal93
1. Kahwin kerana Allah, bukan kerana rupa paras dan sebagainya
Image via Twitter @muhdiqbal93
2. Jika pasangan diuji dengan penyakit sebegini, seorang suami seharusnya menjadi tulang belakang untuk mereka
Image via Twitter @muhdiqbal93
3. Sentiasa bersama isteri ketika beliau menerima berita seperti ini supaya isteri tidak berasa terlalu sedih
Image via Twitter @muhdiqbal93
4. Cintai pasangan anda kerana Allah
Image via Twitter @muhdiqbal93
Jangan disebabkan penyakit seperti ini menyerang isteri, suami tidak dapat menerima ketentuan Tuhan dan bertindak untuk tidak bersama.
Cintai dan sayangi isteri anda kerana Allah, bukan kerana nafsu.
Image via Hakam Photography

