Hidupkan Semangat Kesukanan & #GemilangkanLagi Sorakan Anda Di PETRONAS Malaysia Open 2026

Jom ramai-ramai turun padang meriahkan PETRONAS Malaysia Open 2026 di Axiata Arena bermula 6 hingga 11 Januari ini.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap kali skuad badminton negara melangkah ke gelanggang, sokongan dan doa rakyat Malaysia sentiasa bersama mereka

Tidak hanya menjadi pembakar semangat buat pemain badminton negara tetapi nadi kepada perjuangan mereka di pentas Antarabangsa. Kali ini, PETRONAS sekali lagi mengajak rakyat Malaysia untuk sama-sama turun padang dan memberikan sokongan padu kepada pemain badminton negara di PETRONAS Malaysia Open 2026 (PMO 2026).

Ada banyak aktiviti di PETRONAS Pavilion

Bakal berlangsung di Axiata Arena bermula 6 Januari 2026 hingga 11 Januari 2026, ada banyak aktiviti yang anda bersama keluarga boleh sertai di PETRONAS Pavilion PMO 2026.

Lebih menarik, kemasukan ke PETRONAS Pavilion adalah percuma, dan ia merupakan booth khas PETRONAS yang menjadi lokasi tumpuan utama dengan ruang pameran dan pusat pengalaman yang menghidupkan keterujaan kejohanan PMO 2026.

Di sini pengunjung boleh sertai pelbagai aktiviti interaktif yang meraikan perjuangan skuad negara. Bukan itu sahaja, setiap sudut pavilion membuatkan kita rasa bangga sebagai rakyat Malaysia, sambil mengajak peminat berkongsi sokongan mereka di media sosial dengan menggunakan #GemilangkanLagi dan #TakkanMenyerah.

#GemilangkanLagi: Seruan Sokongan Untuk Seluruh Negara

SAYS.com

Kalau anda nak tahu, #GemilangkanLagi dan #TakkanMenyerah membawa mesej jelas bahawa kejayaan atlet negara adalah milik bersama. Ia menjadi seruan penyatuan yang menggalakkan rakyat Malaysia berdiri teguh di belakang skuad kebangsaan, sama ada di stadium atau dari jauh.

Melalui penggunaan tanda pagar ini, setiap hantaran di media sosial menjadi simbol kepercayaan dan harapan. Tindakan ini amat penting kerana ia akan menyuntik keyakinan kepada pemain untuk terus berjuang dan mengharumkan nama negara di pentas dunia.

Dalam masa yang sama, #GemilangkanLagi mencerminkan semangat tidak mudah mengalah yang menjadi identiti rakyat Malaysia. Ia mengingatkan kita bahawa kejayaan tidak hadir tanpa usaha, kesabaran dan sokongan berterusan.

PETRONAS Rai Pembangunan Sukan Negara

Sebagai rakan pembangunan sukan dan pemacu kebanggaan nasional, PETRONAS menegaskan komitmennya menyokong dan meraikan atlet kebangsaan sekali gus menyatukan rakyat melalui sukan.

PETRONAS percaya setiap detik yang dikongsi bersama di PMO 2026 akan menjadi memori indah yang dapat mengukuhkan lagi perpaduan.

PMO 2026 bukan sekadar kejohanan bertaraf dunia,tapi pentas penyatuan rakyat tanpa mengira latar belakang. Di sinilah semangat cintakan negara dan sokongan kepada atlet kebangsaan dizahirkan bersama melalui satu suara dan satu tujuan.

Jadi, jom ramai-ramai hadir ke Axiata Arena bermula 6 Januari hingga 11 Januari 2026 ini dan #GemilangkanLagi sorakan bagi menyokong pemain badminton negara.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS