Heliza Helmi Cadang Isu Palestin Dimasukkan Dalam Subjek Mata Pelajaran Di Sekolah
Heliza mengutarakan cadangan tersebut dalam Himpunan Solidariti Bersama Gaza di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam tadi.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi saran kisah di Palestin dijadikan silibus atau sukatan mata pelajaran sekolah di Malaysia
Menerusi laporan Berita Harian, langkah itu dikatakannya dapat membuka mata masyarakat sejak usia pendidikan awal mengenai penderitaan yang dilalui penduduk di negara itu.
"Terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Malaysia kerana bersama mengangkat isu Palestin.
"Saya berharap selepas ini dalam silibus pembelajaran anak-anak kita masukkan kisah Palestin," katanya.
Heliza atau nama sebenarnya Nur Heliza Helmi mencadangkan perlara itu pada Himpunan Solidariti Bersama Gaza (HSBG) di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam tadi demi luaskan lagi pengetahuan ramai terhadap Palestin.

Turut berkongsi situasi ketika berhadapan tentera Israel
Heliza turut berkongsi cerita mengenai bagaimana mereka berhadapan tentera Israel ketika ditahan dan 'diculik' selama tiga hari dalam pelayaran misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, Palestin.
Menurutnya, ketika ditahan, dia bersama delegasi lain menunjukkan sikap kental dan menentang arahan tentera Israel hingga rejim itu pasrah dengan mereka.
Turut tampil di pentas, adik Heliza, iaitu Hazwani Helmi dan aktivis kemanusiaan, Farah Lee.
Himpunan Solidariti Bersama Gaza turut menampilkan pemidato lain yang merangkumi aktivis GSF Malaysia. Antara mereka adalah Zizi Kirana, Ardell Aryana, Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan (PU Rahmat), Muhamad Abdullah (Ustaz Mad Kecik) dan Nadir Al-Nuri.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 