Harian Metro Cipta Sejarah Raih ‘Media Of The Year Media For Good Award’ 2025

Anugerah itu diterima melalui CSR yang dijalankan menerusi Program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) dan kotak rezeki.

Enlarge text
Cover Image
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Harian Metro terus mencipta sejarah sebagai akhbar sulung menerima pengiktirafan meraih anugerah 'Media Of The Year Media For Good Award' pada program Sustainability & CSR Award 2025 malam ini

Anugerah itu diterima melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dijalankan menerusi Program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) dan kotak rezeki.

Pengarang Kumpulan Harian Metro Husain Jahit berkata anugerah terbesar ini membuktikan usaha CSR menerusi THKM diiktiraf semua pihak.

Menurutnya, kejayaan itu pastinya memberi semangat kepada Harian Metro untuk terus berusaha dan mencari lebih banyak badan korporat di luar sana yang ingin bekerjasama membantu mereka yang memerlukan.

SAYS.com
Image via Ahmad Ukasyah/NSTP

"Harapan kita supaya lebih banyak syarikat korporat di luar sana ingin menyertai program THKM dan membolehkan kita dapat membantu lebih ramai penerima di luar sana.

"Penerimaan anugerah pada malam ini juga membuktikan usaha kita adalah 'genuine' (asli) dengan membantu golongan memerlukan secara rela hati dan ikhlas,"
katanya ketika ditemui media selepas menerima anugerah itu di sebuah hotel baru-baru ini.

Kemenangan yang diraih membuktikan Harian Metro adalah akhbar yang prihatin kepada masyarakat

Turut hadir pada malam anugerrah itu, Pengarang Eksekutif (Kandungan) Muhamad Safar Ahmad, Pengarang Eksekutif (Pengeluaran) Yusri Abdul Malek, Pengarang Berita Kanan merangkap Pengarah Projek TKHM, Noor Azam Abd Aziz dan Penjenamaan dan Pemasaran Harian Metro, Meeza Abu Bakar.

Dalam pada itu, Azam berkata, selepas 18 tahun Harian Metro berkhidmat dan berbakti kepada masyarakat akhirnya diberi peluang memenangi anugerah CSR ini.

SAYS.com
Image via Ahmad Ukasyah/NSTP

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: