Hari Raya Aidiladha Dijangka Jatuh Pada Tarikh 6 Jun Ini – Pusat Astronomi Antarabangsa
Hari Raya Aidiladha dijangka akan disambut pada 6 Jun 2025 berdasarkan cerapan anak bulan Zulhijjah pada 27 Mei ini.
Cover image via Harian Metro (Gambar sekadar hiasan)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Umat Islam di kebanyakan negara Islam dijangka menyambut Hari Raya Aidiladha pada 6 Jun (Jumaat) ini
Menerusi laporan Sinar Harian, Pusat Astronomi Antarabangsa yang berpangkalan di Abu Dhabi itu memaklumkan bahawa anak bulan yang menandakan permulaan Zulhijjah 1446H dijangka dapat dilihat pada Selasa, 27 Mei.
Mohammad Shawkat Odeh, pengarah pusat berkenaan memberitahu anak bulan itu boleh dilihat menggunakan teleskop di beberapa bahagian Asia Tengah dan Barat, kebanyakan wilayah di Afrika serta Eropah.
28 Mei dijangka menjadi hari pertama Zulhijjah
Menurut beliau, anak bulan juga mungkin dapat dilihat tanpa bantuan teleskop di beberapa bahagian benua Amerika.
Malah, berdasarkan kiraan astronomi itu, 28 Mei dijangka menjadi hari pertama Zulhijjah, menjadikan Aidiladha jatuh pada hari ke-10 iaitu Jumaat, 6 Jun.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


