Hari Nanas Malaysia X Karnival Jom Heboh Pasti Meriah!

Jangan lupa hadir pada 27 hingga 29 Jun 2025 di Padang B, Angsana Johor Bahru Mall, Johor.

Cover Image

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tahukah anda, 27 Jun ini merupakan Hari Nanas Sedunia?

Untuk tahun 2025 ini, sambutannya confirm level lain macam sebab Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) berkolaborasi dengan Karnival Jom Heboh untuk menyambut Hari Nanas Malaysia secara besar-besaran buat julung-julung kalinya!

Acara ini akan berlangsung selama tiga hari di Johor Bahru hujung minggu ini bermula jam 9 pagi. Lihat lokasi dan tarikhnya di bawah:

Lokasi: Padang B, Angsana Johor Bahru Mall

Tarikh: 27 – 29 Jun 2025

SAYS.com
Image via Karnival Jom Heboh

Malam Berkat, Awal Muharram & Jom Selawat

Karnival ini akan dimulai dengan aktiviti kerohanian pada malam 27 Jun, yang mana akan diadakan program Jom Selawat bersempena Awal Muharram.

Dari jam 9 malam, tapak karnival akan dipenuhi dengan ceramah agama, qasidah, dan suasana yang penuh ketenangan.

Dah alang-alang ada dekat Karnival Jom Heboh tu, jangan lupa singgah! Boleh tunjuk semangat sambut tahun baru Islam sambil dapat pahala.

SAYS.com
Image via Karnival Jom Heboh

Percubaan Malaysia Book of Records – Most Pineapple Tart Bakes in the Event

Kalau anda jenis sukakan bau wangi tart nanas, ini adalah acara yang wajib anda singgah.

28 Jun, 8 pagi sharp, anda akan dapat saksikan 50 chef membuat 50 resipi tart nanas secara LIVE dalam cubaan cipta rekod baru dalam Malaysia Book of Records!

Sudah tentu sesiapa yang hadir akan dapat rasa sendiri tart nanas yang fresh baru keluar dari oven!

Lebih 50 booth produk nanas dan pelbagai aktiviti family-friendly tersedia

Tak sahlah kalau datang Karnival Jom Heboh tak shopping, kan?
Dekat sini akan ada lebih 50 booth usahawan tempatan menjual pelbagai produk berasaskan nanas dari makanan, minuman, sampailah ke produk kraf.

Inilah masanya anda berikan sokongan terhadap usahawan tempatan &
rasai sendiri kreativiti rakyat Malaysia dengan buah kebanggaan negara ini!

SAYS.com
Image via Karnival Jom Heboh

Sambil mak ayah shopping, anak-anak boleh enjoy aktiviti fun gila seperti:

  • Pineapple Puzzle
  • Kuiz Nanas / Kahoot
  • Pineapple Ninja VR
  • Dam Ular & Teka Silang Kata

Untuk dewasa pun banyak benda best:

  • Bola Sepak Persahabatan bersama selebriti
  • Pertandingan E-Sukan
  • Pertandingan Kupas Nanas
  • Pertandingan Rasa Buah – siapa paling padu tekak dia?

Kepada mereka yang kaki OOTD, jangan risau, spot lawa memang banyak antaranya:

  • Tugu Nanas
  • Photo Booth
  • Wall Nanas
  • Gunung Nanas

Sambil ambil gambar, jangan lupa hashtag: #HariNanasMalaysia masa nak post tu!

SAYS.com
Image via Karnival Jom Heboh

Jika anda seorang yang gemarkan event yang fun dan penuh dengan makanan sedap, anda wajib ajak kawan-kawan dan keluarga ikut hadir ke Hari Nanas Malaysia x Jom Heboh Johor 2025 dari 27 hingga 29 Jun ini!

Read more trending stories on SAYS