Hari Ini 5 Ogos Jadi Hari Terpendek Di Dunia Sebab Bumi Berputar Semakin Pantas
Difahamkan, waktu siang yang semakin pendek itu bukan hanya disebabkan musim panas bakal berakhir di Hemisfera Utara.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Hari ini (5 Ogos), tempoh siang bumi menjadi lebih singkat daripada tempoh 24 jam biasa menjadikannya bukan sahaja salah satu hari terpendek pada 2025 tetapi juga antara yang terpendek pernah direkodkan
Menerusi laporan Berita Harian, Timeanddate.com merekodkan terdapat perbezaan hanya 1.25 milisaat lebih pendek daripada penanda 86,400 saat (24 jam).
Perbezaan ini tidak dapat dirasai namun ia adalah sebahagian daripada trend yang menimbulkan tanda tanya menjadi misteri kepada saintis bahawa Bumi telah berputar dengan lebih pantas.
Selepas beberapa dekad menjadi perlahan, putaran planet bumi kini dilihat menjadi semakin pantas dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan pengukur masa masih belum mempunyai penjelasan yang pasti.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Union RayoMenurut EarthSky, tempoh putaran sebenar Bumi untuk satu putaran penuh 360 darjah penuh berbanding latar bintang-bintang berlangsung selama 23 jam, 56 minit dan 4.1 saat.
Ia dipanggil sebagai 'hari sidereal' yang merujuk kepada masa diambil oleh planet untuk berpusing sekali pada paksinya, dengan mengambil kira satu titik tetap.
Ia menjelaskan mengapa bintang dan planet kelihatan terbit di timur kira-kira empat minit lebih awal setiap hari dan mengapa langit malam berubah mengikut musim.
Namun, tempoh 24 jam yang kita jalani adalah hari suria (solar day) yang diukur bukan berbanding bintang-bintang tetapi hanya satu iaitu matahari yang mana ukuran inilah yang secara misteri kelihatan lebih pendek daripada yang sepatutnya.
Terdapat tiga tarikh pada tahun ini yang diramalkan saintis hari suria Bumi akan lebih pendek iaitu pada 9 Julai (1.23 milisaat lebih pendek), 22 Julai (1.36 milisaat) dan 5 Ogos.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 