Hari Ibu Disambut Pada Tarikh Yang Berlainan Mengikut Sesetengah Negara? Biar Betul!
Nasi lemak nasi kerabu, untukmu emak kami ucapkan selamat Hari Ibu!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tahukah anda? Bukan semua negara meraikan Hari Ibu pada bulan Mei
Jika di Malaysia, kita sudah sedia maklum bahawa Hari Ibu akan jatuh pada setiap Ahad minggu kedua bulan Mei.
Walaupun kebanyakan negara di seluruh dunia meraikan Hari Ibu pada tarikh tersebut, terdapat beberapa negara di serata dunia khususnya di Asia menyambut Hari Ibu pada tarikh yang berbeza.
Jom kita tengok tarikh-tarikh lain Hari Ibu yang disambut oleh beberapa buah negara lain serata dunia!
1. Thailand – Disambut pada tarikh yang sama dengan ulang tahun Ratu Sirikit
Di Thailand, Hari Ibu jatuh pada 12 Ogos, iaitu tarikh sama dengan hari lahir Ratu Sirikit, yang dianggap sebagai simbolik "Ibu kepada Negara". Pada hari itu, cuti umum diberikan dan sambutannya agak formal. Kebanyakan sekolah mengadakan upacara di mana pelajar akan berlutut di hadapan ibu mereka untuk menunjukkan rasa hormat.
Pada hari ini, orang ramai memakai pakaian biru dan menghiasi rumah dan jalan dengan warna biru, warna yang mewakili Ratu Sirikit, sebagai penghormatan kepada beliau dan semua ibu. Secara tradisi, anak-anak akan memberikan ibu mereka bunga melati yang melambangkan simbol kesucian, sebagai hadiah.
Image via Sarnelli House Foundation
2. Indonesia – Disambut pada bulan Disember mengangkat jasa wanita
Rakyat Indonesia meletakkan tarikh sambutan Hari Ibu pada 22 Disember di mana ia juga merupakan tarikh Kongres Wanita Indonesia pertama diadakan pada tahun 1938.
Bukan sekadar meraikan para ibu, ia juga merupakan hari di mana para wanita diberi penghormatan dan penghargaan terutamanya ke atas hak dan peranan wanita dalam masyarakat.
Sambutan yang diadakan terdiri daripada upacara rasmi dan pemberian hadiah yang lebih peribadi seperti bunga atau penghormatan secara awam. Sudah menjadi kebiasaan pelbagai poster dapat dilihat di sekolah dan kawasan kejiranan dengan mesej seperti "Ibu adalah pahlawan keluarga".
Image via Polina Kuzovkova/Unsplash
3. Nepal – Hari Ibu disambut dengan budaya ziarah-menziarahi dan upacara turun temurun
Hari Ibu di Nepal dipanggil Mata Tirtha Aunsi dan mengikut kebiasaannya jatuh pada bulan April atau Mei. Orang ramai akan menghargai ibu mereka pemberian hadiah dan lawatan ke rumah.
Bagi mereka yang telah 'kehilangan' ibu, sudah menjadi tradisi untuk melawat Mata Tirtha, sebuah kolam yang dikatakan tempat suci berhampiran Kathmandu. Di sana, orang ramai akan melakukan ritual untuk mengingati dan berterima kasih kepada ibu mereka, percaya ia boleh membawa kedamaian kepada jiwa mereka.
Image via The Kathmandu Post
4. Korea Selatan – Sambutan disekalikan bersama Hari Bapa
Hari Ibu disambut sekali bersama Hari Bapa di Korea Selatan pada setiap 8 Mei. Kanak-kanak biasanya akan memberikan sebuah pin bunga, sama ada diletakkan pada baju ibu bapa atau diberikan dalam kotak yang cantik, bersama-sama dengan surat tulisan tangan atau persembahan di sekolah.
Suasana pada hari itu dikatakan lebih menyentuh hati daripada kebiasaan sambutan Hari Ibu. Tumpuan diberikan kepada penghargaan yang ikhlas dalam keadaan emosi yang tenang menyambut jasa ibu bapa.
Image via Working Times
5. Myanmar – Disambut semasa perayaan penganut Buddha
Di Myanmar, mereka tiada tarikh khas bagi meraikan sambutan Hari Ibu tetapi ramai masyarakat di sana akan menunjukkan penghargaan semasa perayaan Thadingyut.
Perayaan yang juga digelar sebagai Pesta Cahaya itu merupakan perayaan yang menandakan berakhirnya Puasa Buddha yang biasanya jatuh pada Oktober atau November.
Inilah adalah masa buat golongan muda meminta pengampunan daripada orang tua mereka menunjukkan penghargaan melalui pemberian hadiah atau penyalaan lilin sebagai penghormatan kepada mereka.
Image via Shanta Foundation
6. United Kingdom (UK) – Dipanggil sebagai 'Mothering Sunday' dan diadakan pada bulan Mac
Di UK pula, Hari Ibu disambut pada pada Fourth Sunday of Lent kebiasaannya jatuh pada bulan Mac. Dipanggil sebagai Mothering Sunday, asalnya sambutan ini adalah mengenai orang ramai kembali ke "mother church" semasa tempoh berpuasa.
Lama kelamaan, tumpuan beralih daripada sambutan keagamaan kepada penghargaan terhadap ibu. Ibu-ibu di UK boleh selalunya akan mendapat bunga pada hari tersebut memandangkan dalam tempoh tersebut masih lagi musim bunga.
Image via SouthWorks/Canva Teams
7. Negara-negara Arab – Disambut pada hari pertama musim bunga
Di negara-negara Arab seperti Mesir, Lubnan dan UAE, Hari Ibu jatuh pada 21 Mac iaitu hari pertama musim bunga. Ia kali pertama diperkenalkan oleh wartawan Mustafa Amin pada tahun 1950-an dan sehingga kini menjadi tarikh yang signifikan untuk menyambut Hari Ibu.
Pada tarikh itu, sambutan sering diadakan dengan pemberian puisi beremosi, hadiah dan hantaran-hantaran penghargaan di media sosial. Walaupun ianya bukan sambutan yang melibatkan agama, ia mempunyai kesan budaya yang mendalam dan diterima secara meluas oleh masyarakat Arab di negara-negara terbabit.
Image via FatCamera/Canva Teams
8. Ethiopia – Hari Ibu diraikan dalam sambutan yang dipanggil Antrosht
Dalam sambutan yang diraikan sempena tamat musim tengkujuh di negara itu, ahli keluarga dari seluruh negara akan berkumpul beramai-ramai.
Mereka akan mengadakan jamuan, menyanyi, sebagai cara menghargai ibu mereka. Ia adalah mengenai kasih sayang yang dapat ditunjukkan anak-anak melalui kehadiran mereka di samping ibu berbanding semata-mata memberi hadiah.
Image via WEEMA International (Facebook)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via