Hari Guru Di Malaysia 16 Mei Tapi World Teachers’ Day Pula 5 Oktober, Kenapa Tak Sama?

Ouh, baru tahu!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Cekgu Norazimah & Harian Metro
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap daripada kita pasti pernah merasai sendiri pengalaman menyambut Hari Guru bukan?

Bila diimbas kembali zaman sekolah dahulu, pasti kita akan teringat Hari Guru adalah antara sambutan meriah pernah dirai di sekolah.

Pada hari itu, pelbagai aktiviti dan persembahan sudah pasti akan dibuat di samping pelajar dapat berehat seketika daripada Pengajaran dan Pembelajaran di Bilik Darjah (PBD)

Image via null

Namun, pernahkah kita terfikir mengapakah Hari Guru disambut pada setiap 16 Mei? Tambahan pula Hari Guru Sedunia telah ditetapkan UNESCO disambut setiap 5 Oktober, jadi kenapa Malaysia tak ikut tarikh ini untuk sambutan Hari Guru?

Oleh itu, kali ini kami akan kongsikan kepada anda mengapa sambutan Hari Guru di Malaysia berlainan dengan sambutan Hari Guru Sedunia.

Image via null

Hari Guru Sedunia disambut sempena memperingati ulang tahun penerimaan pakai Syor ILO/UNESCO 1966 berkenaan Status Guru

UNESCO telah mengisytiharkan 5 Oktober sebagai Hari Guru Sedunia pada tahun 1994, meraikan langkah besar yang dibuat untuk guru pada 5 Oktober 1966, apabila persidangan khas antara kerajaan yang diadakan oleh UNESCO di Paris menerima pakai Syor UNESCO/ILO berkenaan Status Guru, dengan kerjasama Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO).

Syor ini menetapkan hak dan tanggungjawab guru serta piawaian antarabangsa untuk persediaan awal dan pendidikan lanjutan, pengambilan, pekerjaan, keadaan pengajaran dan pembelajaran mereka.

Perkara ini telah dianggap sebagai satu set garis panduan penting untuk mempromosikan status guru demi kepentingan pendidikan berkualiti.

Tarikh 5 Oktober juga telah dipilih sebagai tarikh untuk meraikan penerimaan Status Personel Pengajar Pendidikan Tinggi oleh Persidangan Agung UNESCO pada tahun 1997.

Image via UNESCO

Jadi kenapa Malaysia tak sambut Hari Guru pada 5 Oktober? Ini sebabnya:

1. Pengiktirafan Laporan Razak

Sebab utama 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru adalah sebagai satu cara memperingati peristiwa penting Laporan Razak yang telah diterima sebagai Dasar Pelajaran Kebangsaan Pada 16 Mei 1956.

Laporan ini, yang dinamakan sempena Menteri Pelajaran ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein, menggariskan dasar-dasar utama bagi sistem pendidikan di Malaysia.

Laporan Razak 1956 memainkan peranan penting dalam membentuk sistem pendidikan di Malaysia dan menjadi asas kepada pembentukan kurikulum dan struktur pendidikan yang ada sekarang.

Image via Perdana

2. Menghargai Peranan Guru

Hari Guru ditetapkan untuk menghargai dan mengiktiraf jasa serta pengorbanan guru-guru dalam mendidik dan membentuk generasi muda negara.

Tarikh ini dipilih sebagai satu hari khusus untuk memberi penghargaan kepada guru-guru di seluruh Malaysia.

Image via Facebook

3. Kesedaran Pendidikan

Sambutan Hari Guru pada tarikh ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya pendidikan dan peranan guru dalam masyarakat.

Ia memberi peluang kepada pelajar, ibu bapa dan masyarakat umum untuk menunjukkan penghargaan dan rasa terima kasih kepada guru.

Image via JPWPL

4. Sejarah Pendidikan

Menyambut Hari Guru pada tarikh ini juga mengingatkan masyarakat kepada sejarah dan perkembangan pendidikan di Malaysia serta usaha-usaha yang telah dilakukan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan mutu pendidikan.

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai Dasar Pelajaran bagi negara kita.

Image via Malaysiakini

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: