Harga Ubat Di Klinik Swasta Kini Lebih Mahal, Ada Hingga 75% Daripada Farmasi Biasa

Difahamkan, klinik swasta, kuantiti ubat yang dibeli secara umumnya tidak banyak, sekali gus harga yang diberikan pembekal jauh lebih tinggi berbanding farmasi.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Klinik swasta mengenakan bayaran harga bagi ubat biasa dan ubat jangka panjang lebih mahal antara 23 peratus hingga 75 peratus berbanding farmasi komuniti

Menerusi laporan Berita Harian, sebagai contoh klinik swasta menjual ubat paracetamol 500 miligram (mg) pada harga sekitar RM1 sebiji, tetapi ada juga farmasi yang menawarkan harga serendah 25 sen sebiji.

Malah, pil salbutamol sulphate yang biasa digunakan berkaitan batuk akibat asma pula harganya sekitar RM1 sebiji di klinik swasta namun boleh dibeli di farmasi antara 25 sen hingga 45 sen sebiji.

Ia termasuk ubat terkawal bagi kolesterol, atorvastatin 20mg sekotak mengandungi 30 biji yang dijual sekitar RM160 di klinik manakala RM122 di farmasi.

Difahamkan, satu jenama pil antiarlegik 4mg dijual di klinik pada harga RM1 sebiji tetapi diperoleh di farmasi pada harga 30 sen sebiji.

Image via NSTP

Klinik swasta perlu menanggung pelbagai kos lain

Menurut Presiden Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (PERDIM), Dr Boi Saidi Abd Razak, perbezaan ketara harga ubat di kedua-dua premis itu berpunca daripada kaedah pembelian yang mana farmasi lazimnya membeli stok ubat dalam kuantiti besar sekali gus mampu mendapatkan harga lebih rendah daripada pembekal.

Tambahnya, di klinik swasta, kuantiti ubat yang dibeli secara umumnya tidak banyak, sekali gus harga yang diberikan pembekal jauh lebih tinggi berbanding farmasi.

"Pada masa sama, klinik swasta juga turut menanggung pelbagai kos lain termasuk sewa premis, gaji kakitangan, lesen papan tanda, bil utiliti serta kursus berkala untuk pembaharuan lesen perubatan.

"Perbezaan harga ubat antara klinik swasta dan farmasi komuniti itu tidaklah terlalu tinggi,"
katanya.

Presiden Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (PERDIM), Dr Boi Saidi Abd Razak.

Image via Berita Harian

Untuk pengetahuan anda, bermula 1 Mei lalu, Kementerian Kesihatan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menguatkuasakan peraturan mewajibkan klinik swasta mempamerkan harga ubat mengikut Perintah Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (Penandaan Harga Ubat) 2025.

Bagaimanapun, KKM menegaskan tiada saman akan dikeluarkan sepanjang tempoh tiga bulan advokasi.

Penguatkuasaan itu dibantah oleh pengamal perubatan am (GP) dan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Dr Boi Saidi berkata, PERDIM dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kesihatan membantah pelaksanaan paparan harga di premis klinik swasta berikutan ia bertindih dengan dua akta sedia ada yang mengawal selia perkhidmatan klinik swasta hingga menyebabkan kekeliruan dan membebankan aspek pentadbiran.

"Campur tangan dalam sektor kesihatan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723) juga dilihat tidak begitu munasabah.

"Ini kerana tiada kawalan harga ubat yang rasmi di negara ini dan pelaksanaan penguatkuasaan boleh menimbulkan kekeliruan serta pertindihan bidang kuasa," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: