Penyapu RM530 Dan 10 Lagi Harga Barang Yang Mengejutkan Ditemui Di Isetan, KL
Seriuslah harga macam ni???
Cover image via SAYSSebut saja Isetan, pasti ramai mengenalinya. Dan bagi mereka yang meminati barangan Jepun, Isetan The Japan Store yang baru dibuka di Lot 10, Kuala Lumpur ini seharusnya menjadi destinasi membeli-belah anda yang seterusnya
Image via SAYS
Dibuka pada 27 Oktober lalu, Isetan The Japan Store yang merangkumi 6 tingkat ini merupakan *store* pertama di dunia yang mempunyai lebih 200 jenama eksklusif Jepun yang dijual di Malaysia.
Pelbagai jenis produk keluaran Jepun dijual di sini yang terdiri daripada fesyen, barangan teknologi dan juga barangan isi rumah. Mungkin barangan di sini 'terlampau' berkualiti hingga membuatkan kami terperanjat melihat harganya:
1. French almond cakes dan Japanese whisky. Gabungan yang fantastic!
Image via SAYS
Image via SAYS
Kau mampu?
2. Buah-buahan premium (hmm… anggur) yang diterbangkan khas dari Jepun
Image via SAYS
Image via SAYS
Image via SAYS
Terbang jauh-jauh ni tak busuk ke?
3. Impress tetamu makan malam anda dengan set sudu garpu ala Jepun
Image via SAYS
Image via SAYS
Image via SAYS
Makanan tak sedap automatik jadi sedap. Disyorkan buat suri rumah sepenuh masa.
4. Maaf, ini bukan berus tandas. Tetapi, high quality scrub brush.
Image via SAYS
Bulatan separuh sekali, bulatan penuh sekali, membersih kotoran dan sel mati…
Kita silang…Silang silang bintik hitam pun hilang di wajah!
Eh ternyanyi pulak.
5. Penyapu yang mampu 'menerbangkan' anda ke mana saja
Image via SAYS
Wingardium Leviosa!!!
6. Err.. cardboard yang diperbuat daripada pokok gunung Fuji mungkin?
Image via SAYS
Huaaaaa kenapa sampai RM50??
7. Sofa yang mungkin setanding harga kereta anda?
Image via SAYS
Image via SAYS
Nak ikat 7 tahun ke 9 tahun? Keputusan di tangan anda!
8. Tampil lain daripada lain dengan kasut jerung dan sneakers hebat ini
Image via SAYS
Image via SAYS
Image via SAYS
9. Lepas beli dah tak tahu nak sayang phone ke nak sayang case?
Image via SAYS
Rekaan yang *out of the box*. Elegan, trendy dan memukau!
Image via www.huffingtonpost.com
10. Peminat animasi 'Sailor Moon' pasti sukakan ini tapi…
Image via SAYS
Image via SAYS
Image via SAYS
…menangis bila tengok harga. T.T
11. Tingginya sekadar panjang pembaris pendek
Image via SAYS
Bagaimanapun, anda tak perlu risau. Anda boleh mendapatkan barang-barang kesukaan anda dengan harga berpatutan di 5 tingkat lain kedai tersebut yang direka khas dengan 5 jenis tema:
i) The Market
Image via SAYS
Image via SAYS
Image via SAYS
Pelbagai jenis makanan dan minuman yang disediakan di sini. Ruang makan konsep ala Jepun turut disediakan yang mana anda patut alaminya sendiri.
ii) The Museum
Image via SAYS
Image via SAYS
Image via SAYS
Buat penggemar *high fashion* ini adalah syurga buat anda. Jangan lepaskan peluang untuk menonton demonstrasi robotik dari Honda!
iii) The Studio
Image via SAYS
Image via SAYS
Image via SAYS
The Studio mengetengahkan pakaian-pakaian *streetwear* terkenal di Jepun. Berita gembira buat peminat siri animasi Gundam, di sini terdapat pameran *Gundam figures* yang sentiasa mempamerkan *figures* terbaru sepanjang tahun!
iv) The Room
Image via SAYS
Image via SAYS
Image via SAYS
Berkonsepkan minimalis, The Room melengkapkan lagi keindahan kedai ini dengan adanya rekaan taman sarang burung di dalamnya.
v) The Cube
Image via SAYS
Image via SAYS
Image via SAYS
Boleh kami katakan ini adalah syurga buat semua ulat buku. Pelbagai jenis buku dijual di sini termasuk seni kaligrafi yang memukau mata!
Mungkin ada yang tidak percaya. Apa kata anda pergi dan rasai sendiri pengalaman berada di sana!
**Alamat:** Lot 10, No. 50, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia.
**Waktu operasi:** 11.00am – 9.00pm setiap hari.
[Laman web](http://thejapanstore.mistore.jp/my/en/index.html) | [Facebook](https://www.facebook.com/isetanthejapanstorekl)


