Hanya Strim Di Tonton & Anda Kini Berpeluang Menang Pakej 6H 4M Ke Korea!

Jangan lepaskan peluang ini!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Tonton & Travel Weekly
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ramadan terus diraikan sebagai bulan penuh keberkatan dan refleksi, juga momen istimewa untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga

Sama ada selepas berbuka atau menjelang sahur, waktu santai ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk menonton maraton drama kegemaran.

Menghangatkan lagi suasana, Tonton tampil dengan kempen khas Tonton & Menang: Hantu Puasa Belanja Terbang Ke Seoul yang berlangsung dari 4 Mac hingga 19 Mac 2026, menjanjikan pengalaman tontonan yang lebih mendebarkan dan penuh ganjaran.

Lebih menarik, setiap tontonan memaparkan markah pengguna dan membuka peluang untuk merangkul hadiah utama yang lumayan.

Sepanjang kempen ini juga, pengguna boleh menikmati pelbagai judul bergenre thriller dan Tonton Original Series terpilih yang sarat dengan suspen, misteri dan plot twist yang tidak dijangka, menjadikan setiap sesi tontonan di Tonton lebih mendebarkan dan penuh keterujaan sepanjang Ramadan.

SAYS.com
Image via Tonton

Imbas kod QR pada poster atau layari laman web rasmi, kemudian klik "Log Masuk" atau "Langgan Sekarang" untuk sertai kempen ini

Log masuk menggunakan akaun Tonton anda atau daftar jika belum mempunyai akaun, seterusnya tonton mana-mana filem atau siri dalam senarai Hantu Puasa Special Checklist.

Setiap tontonan yang layak akan direkodkan secara automatik dan menyumbang kepada kedudukan anda di leaderboard, manakala pengumuman pemenang akan dibuat menerusi media sosial rasmi Tonton atau e-mel berdaftar.

Sebagai kemuncak kempen ini, seorang pemenang paling bertuah bakal membawa pulang pakej percutian 6 hari 4 malam ke Korea Selatan. Pemenang ini juga berpeluang membawa seorang teman sebagai plus one, sekali gus berkongsi pengalaman unik dan menyeronokkan sepanjang perjalanan.

Ditaja oleh Ikhlas.com, hadiah istimewa ini merangkumi penerbangan pergi balik, penginapan selesa serta pengalaman terpilih di kota Seoul. Satu ganjaran luar biasa yang bukan sahaja melengkapkan Ramadan dengan penuh keterujaan, malah menjanjikan kenangan yang sukar dilupakan.

Jangan tunggu saat akhir kerana tempoh penyertaan hanya sehingga 19 Mac 2026! Layari laman web rasmi dan mula strim sekarang kerana setiap tontonan bukan sahaja menghangatkan malam Ramadan anda, malah membawa anda selangkah lebih dekat ke destinasi impian.

SAYS.com
Image via Tonton

Untuk maklumat lanjut tentang rancangan kegemaran anda, ikuti akaun rasmi Tonton di Facebook, X, TikTok dan Instagram @tontonmy!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: