Hanya Dua Hari! Polis Selangor Kini Tawar 50% Potongan Harga Untuk Saman Trafik Terpilih
Jangan lepaskan peluang settlekan saman murah!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Polis Selangor sedang menawarkan diskaun potongan harga 50% bagi saman trafik tertentu untuk dua hari iaitu pada 20 dan 21 Ogos ini
Menerusi sebuah hantaran di Facebook Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, inisiatif itu dilaksanakan sempena Hari Bertemu Pelanggan untuk tahun 2025.
Tawaran pembayaran saman itu boleh dilakukan bermula jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang di 16 kaunter terpilih Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor seluruh negeri.

Tidak merangkumi semua jenis kesalahan trafik
Menerusi laporan New Straits Times, diskaun itu tidak termasuk kemalangan, kes mahkamah, kesalahan tidak boleh dikompaun, pelanggaran peraturan oleh kenderaan berat, memotong secara berbahaya atau memotong barisan, penyalahgunaan lorong kecemasan, melanggar lampu isyarat merah, memotong di garisan berkembar, pengubahsuaian ekzos dan saman yang dikeluarkan semasa operasi keselamatan jalan raya.
Berikut adalah senarai 16 lokasi kaunter yang dibuka:
– Shah Alam
– Klang Utara
– Klang Selatan
– KLIA
– Sepang
– Kuala Langat
– Subang Jaya
– Kuala Selangor
– Hulu Selangor
– Sabak Bernam
– Gombak
– Ampang Jaya
– Petaling Jaya
– Serdang
– Kajang
– Sungai Buloh
Kaunter di Subang Jaya dan Hulu Selangor hanya menerima wang tunai, manakala semua lokasi lain menerima kedua-dua kaedah pembayaran tunai dan tanpa tunai (kad debit atau kredit).
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 