Hanya Afwa Je Yang Berani Tutup Lagu Masa Tokti Tengah Nyanyi Nazam Lebaran – "Bising!"
Biasalah tu Tokti, anak nombor dua memang selamba haha.
Cover image via @miniminly (X)
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bila cerita tentang lagu raya, tidak dinafikan lagu-lagu daripada Datuk Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tokti masih evergreen dan akan sentiasa berkumandang di corong radio
Walaupun sudah banyak lagu raya yang keluar setiap tahun, namun lagu raya Tokti juga yang melekat di hati seperti Nazam Lebaran, Air Mata Syawal, Anugerah Aidilfitri, Sesuci Lebaran dan banyak lagi.
Tokti juga kini sering membuat live di akaun media sosialnya untuk mengubat rindu para peminat yang teringin mendengar beliau menyanyi secara langsung.
Namun, tular pula sebuah video baru-baru ini memaparkan anak keduanya iaitu Afwa selamba menutup lagu ketika Tokti sedang menyanyi telah mencuit hati ramai.
Image via @miniminly (X)
Tengah sedap nyanyi lagu Nazam Lebaran, tiba-tiba muzik berhenti
Menerusi perkongsian video daripada @miniminly di laman X, Tokti dilihat menyanyikan lagu Nazam Lebaran atas permintaan peminatnya di dalam live.
Namun, apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila muzik tiba-tiba berhenti dan rupanya Afwa yang menutup lagu tersebut.
Lebih melucukan, dia dengan selamba datang ke arah Tokti dan berkata "bising". Tokti yang tidak dapat menahan ketawa hanya mampu menggeleng kepala melihat telatah anak keduanya itu.
Lihat video penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik

