“Hancur Rumah Aku” – Individu Luah Rasa Sedih Lihat Keadaan Rumah Selepas Diceroboh Monyet
Siapa je yang tak sedih lihat keadaan rumah macam tu.
Cover image via @mohdhazeri_niatibarahim (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tidak dinafikan, jika kawasan perumahan kita berdekatan dengan hutan, pelbagai kejadian boleh berlaku
Antara yang sering menjadi masalah adalah haiwan-haiwan yang mungkin boleh memasuki rumah kita.
Seperti yang berlaku kepada seorang individu ini yang meluahkan rasa sedihnya selepas melihat rumahnya habis bersepah dek kerana kerja monyet.
Image via @mohdhazeri_niatibarahim (TikTok)
Rumah habis bersepah angkara kerja monyet
Menerusi video di akaun TikTok @mohdhazeri_niatibarahim, dia meluahkan rasa sedih selepas melihat keadaan rumahnya yang habis bersepah.
Rumahnya dipercayai telah dimasuki monyet liar yang mencerobohnya melalui tingkap di bahagian dapur.
Bukan itu sahaja, dia juga berkongsi kerosakan lain antaranya di bahagian siling ruang tamu, makanan bersepah, barangan yang jatuh dan sampah berterabur di lantai.
"Apa dugaan ya Allah, habis nampak. Nampak habis rumah aku, peti ais pun dapat buka, hancur berderai dia dapat pecahkan cermin belakang," katanya.
Difahamkan, ini adalah kejadian kedua rumahnya dimasuki monyet liar berkenaan.
Lihat video di bawah:
Kesiannya, habis bersepah rumah dia :/
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


