Hafiz Suip Sah Sudah Bercerai Talak Satu Dengan Isteri – “Biarlah Bekas Isteri Yang Menjaga Anak-Anak”
Hafiz mendirikan rumah tangga dengan bekas isterinya, Nureffy pada 14 Mei 2016.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Hafiz Suip mengesahkan sudah bercerai talak satu dengan bekas isteri, Nureffy Jasreel Abdullah di Mahkamah Syariah Shah Alam, Mei lalu
Menerusi laporan Berita Harian, Hafiz memaklumkan keputusan tersebut bukanlah sesuatu yang mudah malah ia mengambil masa setahun untuk memutuskan perkara itu.
"Kami sudah bercerai secara rasmi pada 29 Mei lalu. Namun, hubungan kami pada fasa baik.
"Saya cuba untuk berdamai dengan takdir dan bagi mengelak situasi tidak baik, hak penjagaan anak-anak diserahkan kepada bekas isteri.
"Bagi saya, tidak guna berebut turun naik mahkamah, jadi lebih baik kita berdamai. Saya doakan yang terbaik untuk bekas isteri dan anak-anak," katanya.

Masih dalam perbincangan berhubung urusan penjagaan anak
Tambah Hafiz, dia dan bekas isteri bagaimanapun masih dalam perbincangan berkaitan pengurusan anak-anak memandangkan dia kini menetap di Kuching, Sarawak.
"Biarlah bekas isteri yang menjaga anak-anak. Jika saya berada di tempat mereka pun, saya akan pilih ibu. Bukan bermakna anak-anak tidak perlukan bapa tetapi, mereka pasti lebih selesa bersama ibu.
"Saya masih lagi berbincang dengan bekas isteri untuk luangkan masa dengan anak-anak sebulan sekali. Saya akan turun ke sini (Kuala Lumpur) dengan lebih kerap dan minta izin untuk bermalam dengan anak-anak," katanya.
Ditanya berkenaan masih adakah perancangan untuk mereka kembali berdamai, Hafiz menjawab, urusan perceraian sudah pun selesai.
"Kalau sebelum bercerai mungkin boleh dipertimbangkan lagi. Kami bukan tidak mencuba, sepanjang setahun kemelut berlaku, kami ada mencuba perbaiki perhubungan ini, tetapi ini adalah yang terbaik (cerai)," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 