Hadiah Awal Hari Kebangsaan Ke-68, Malaysia Dinobat Juara Keseluruhan Sukan SEA Pekak Jakarta 2025
Kejohanan kali ini merupakan edisi kali kedua Sukan SEA Pekak sejak dianjurkan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kontinjen Malaysia meraikan detik 'bersejarah' apabila menutup saingan Sukan SEA Pekak 2025 Jakarta dengan dinobatkan sebagai juara keseluruhan pada edisi kedua temasya
Menerusi laporan Berita Harian, kontinjen Malaysia berjaya melakukan rekod baharu dengan membawa pulang 25 pingat emas dalam kejohanan tersebut.
Emas ke-25 Malaysia diperoleh menerusi pemain boling wanita, Siw Sing Hie yang menjuarai kategori Masters selepas melakukan 1,491 jatuhan pin.
Kontinjen negara yang dibarisi 80 atlet dan pegawai kelihatan menonjol dalam beberapa acara utama kejohanan selepas meraih pingat emas menerusi olahraga (10 emas), boling (lapan emas), catur (lima emas) dan badminton (dua emas).


Peningkatan pingat emas berbanding edisi sulung di Kuala Lumpur pada 2022
Kejayaan ini turut menunjukkan peningkatan berbanding kutipan 15 pingat emas pada edisi sulung di Kuala Lumpur pada 2022, membuktikan program pembangunan sukan pekak negara semakin matang dan berdaya saing.
Lebih manis, pencapaian 25 emas, 16 perak dan 11 gangsa bukan sahaja melepasi sasaran awal 16 emas malah ia mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai kuasa besar baharu dalam arena sukan pekak serantau.
Emas ke-16 Malaysia telah disumbangkan dalam aksi yang mendebarkan dalam acara badminton melihatkan beregu campuran negara, Edmund Teo Seng Keong-Boon Wei Ying berjaya menewaskan pasangan tuan rumah Christian Agustinus Abas-Dzakiyya Amalia Ma'ruf.
Mereka memenangi set pertama 21-7 sebelum berhempas pulas mengesahkan kemenangan 26-24 pada set kedua memastikan kontinjen negara mencapai sasaran rasmi 16 pingat emas lebih awal daripada jangkaan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 