HaDa Kiddy Cerita Kisah Nabi & Bagus Untuk Tontonan Anak-Anak, Ibu Bapa Disaran Subscribe!
Ibu bapa pun boleh belajar sama-sama dengan anak.
Cover image via HaDa Kiddy (YouTube)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, seorang individu berkongsi sebuah channel YouTube baharu yang mencuri tumpuan para ibu bapa di laman Threads
Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh @mrs_enieys, channel YouTube itu yang bernama HaDa Kiddy baru saja dibuat sejak sebulan lalu.
"Gaisss sila subscribe channel ni. Cerita Kisah-kisah Nabi dalam Bahasa Melayu. Interesting ya sampai mama pun terjebak.Gambar menarik, suara voice over dia pun come. Approved!" tulisnya.

Setakat ini, baru enam video berdurasi antara 10-12 minit dimuat naik di channel tersebut
Apa yang menariknya, ia menceritakan kisah-kisah Nabi zaman dahulu dengan menggunakan janaan AI yang mudah difahami.
Antara kisah Nabi yang telah dimuat naik adalah 'Semut Bercakap Dengan Nabi Sulaiman', 'Nabi Yunus A.S Ditelan Ikan Gergasi Tapi Masih Hidup' dan macam-macam lagi.
Selain anak-anak, ibu bapa juga boleh menonton kisah-kisah Nabi bersama sebagai cara bonding dengan keluarga.
Bukan sahaja dapat ilmu, malah anak-anak pun seronok mendengar kisah-kisah Nabi yang memberi pengajaran dalam hidup.

Episod baru setiap Jumaat, jam 8 malam.
Image via HaDa Kiddy (YouTube)Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



