Had Umur Umur Belia Kepada 30 Tahun Bakal Berkuat Kuasa 1 Januari 2026 – KBS
Difahamkan, terdapat permintaan untuk tidak kurangkan had umur belia kepada 30 tahun tetapi kepada 35 tahun.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kerajaan menegaskan had umur 30 tahun bagi belia akan ditetapkan di negara ini berkuat kuasa 1 Januari 2026 selaras pelaksanaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 (Akta A1602)
Menerusi laporan Berita Harian, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berkata keputusan itu kekal meskipun ada kebimbangan dan permintaan daripada beberapa pertubuhan belia supaya pelaksanaannya ditangguhkan.
"Majlis Belia Malaysia (MBM) membangkitkan kebimbangan mereka dalam isu ini kepada Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) kali ini, menyatakan mereka rasa kurang bersedia untuk melaksanakan had umur 30 tahun pada 1 Januari 2026.
"Mereka meminta supaya kita jangan kurangkan had umur belia kepada 30 tahun tetapi menurunkannya kepada 35 tahun, dan menyuarakan kebimbangan bahawa pelaksanaan ini mungkin menjejaskan belia di luar bandar," katanya.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Malaysia GazetteSudah ditangguh dua kali selepas mencapai persetujuan pada 2023
Hannah menegaskan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sudah melakukan pelbagai sesi libat urus serta menyalurkan sokongan dana bagi membantu proses transisi had umur belia.
"Semua penjelasan ini juga saya sudah dijelaskan dan kita akan terus melaksanakan transisi ini pada 1 Januari 2026.
"KBS juga akan membawa satu kertas ke Kabinet bagi memastikan kementerian lain yang menyediakan bantuan program dan dasar untuk golongan belia tidak akan terkesan.
"Transisi ini hanya terpakai kepada had umur bagi pertubuhan belia berdaftar. Isu ini juga kita sudah tangguhkan dua kali, dan ini adalah persetujuan yang telah dicapai sejak tahun 2023," katanya.
Sehingga kini, sebanyak 8,272 pertubuhan belia berdaftar secara sah di bawah Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) dan daripada 99,139 orang pemegang jawatan, seramai 53,535 orang (54 peratus) pemegang jawatan adalah di bawah umur 30 tahun.
Walau bagaimanapun, hanya 865 pertubuhan belia (10 peratus) membuat pindaan perlembagaan masing-masing mengikut had umur baharu seperti ditetapkan Akta A1602.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 