Hab Makanan Halal Viral Kini Berlangsung Meriah Di CNY Bazar 2026 @ Genting Highlands

Bermula dari 13 Februari hingga 3 Mac 2026, festival ini yang bertempat di Madison Square.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Zada Event
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Suasana musim perayaan di Resorts World Genting (RWG) kini bertukar menjadi lebih dinamik dengan berlangsungnya Chinese New Year Bazar 2026

Festival berskala besar ini bukan sekadar sebuah pasar perayaan biasa, sebaliknya ia merupakan satu "gerakan baharu" dalam memperkasakan ekosistem usahawan halal di Malaysia.

Bermula dari 13 Februari hingga 3 Mac 2026, festival yang bertempat di Madison Square ini menghimpunkan inovasi kulinari, jenama gaya hidup dan ekonomi kreatif dalam satu platform premium yang menyasarkan pelancong tempatan serta antarabangsa.

SAYS.com
Image via Zada Event

Dianjurkan oleh Zada Event Management dengan kerjasama strategik Pasar Eatai dan CP Ventures, acara ini direka khusus sebagai growth platform. Ia memberi ruang kepada vendor F&B dan pengusaha industri halal untuk meningkatkan profil jenama mereka di lokasi pelancongan bertaraf dunia.

"Festival ini adalah ruang di mana inovasi dan peluang komersial bertemu. Dengan aliran pengunjung yang konsisten sepanjang musim Tahun Baru Cina, ia menjadi peluang keemasan untuk memperkenalkan produk halal tempatan kepada pasaran global secara langsung," jelas COO Zada Event Management, Steven Idris.

Gaya hidup halal moden dan inklusif

SAYS.com
Image via Zada Event

Chinese New Year Bazar 2026 membuktikan bahawa industri halal kini telah berevolusi menjadi sebuah ekosistem gaya hidup yang melangkaui makanan semata-mata. Pengunjung boleh menerokai pelbagai tarikan antaranya:

  • Kulinari Global: Daripada street food trend dunia, pencuci mulut (dessert) viral, hingga konsep masakan Muslim antarabangsa.
  • Pengalaman Imersif: Ruang festival yang Instagrammable dengan dekorasi perayaan yang memukau.
  • Hiburan Budaya: Persembahan pentas dan aktiviti keluarga yang dirancang sepanjang festival.

Kolaborasi rentas industri dalam festival ini turut menyokong aspirasi negara untuk menjadikan Malaysia sebagai hab ekonomi halal yang progresif. Ia mengubah perdagangan tradisional kepada ekonomi pengalaman yang lebih berdaya saing dan inovatif.

Bagi warga kota atau pelancong yang ingin merasai pengalaman sambutan Tahun Baru Cina dengan sentuhan halal yang unik, festival ini adalah destinasi yang wajib dikunjungi.

  • Acara: Chinese New Year Bazar 2026
  • Tarikh: 13 Februari – 3 Mac 2026
  • Masa: 12.00 Tengah Hari – 11.00 Malam
  • Lokasi: Madison Square, Resorts World Genting
  • Konsep: Bazar Tahun Baru Cina & Festival Makanan Halal
SAYS.com
Image via Zada Event

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: