Guru Yang Hisap Vape Di Sekolah Atau Depan Pelajar Boleh Didenda Sehingga RM10,000 – Fadhlina
Difahamkan, perbuatan itu melanggar Standard Guru Malaysia (SGM) yang menekankan peranan guru sebagai teladan sahsiah.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kementerian Pendidikan (KPM) tidak akan berkompromi dengan guru yang menggunakan vape lebih-lebih lagi guru yang menghisap vape secara terbuka atau di hadapan murid
Menerusi laporan Berita Harian, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata perkara ini dipandang serius disebabkan perbuatan itu telah melanggar Standard Guru Malaysia (SGM) yang menekankan peranan guru sebagai teladan sahsiah.
"Bagi guru yang didapati menghisap vape dan merokok dalam kawasan sekolah, tindakan undang-undang seperti didenda sehingga RM10,000 atau dipenjara sehingga dua tahun boleh dikenakan berdasarkan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024," katanya.
Fadhlina menjawab soalan Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) mengenai langkah KPM membendung budaya penggunaan vape dalam kalangan pelajar sekolah.
Soalan itu turut ditanya apabila terdapat dakwaan segelintir guru didapati menggunakan vape secara terbuka sekali gus memberi contoh negatif kepada murid dan menjejaskan kredibiliti institusi pendidikan.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Kosmo!Image viaKPM dalam proses meminda Peraturan-Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) melibatkan rokok dan vape
Tambah Fadhlina, KPM dalam proses meminda Peraturan-Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) dengan memasukkan dalam subperaturan bagi larangan merokok termasuk apa-apa rokok, perkakasan, alat elektronik dan cecair bagi vape.
"Larangan ini termasuk penjualan vape kepada individu bawah umur 18 tahun dan menguatkuasakan tindakan terhadap premis yang menjual vape dalam jarak 40 meter dari sempadan atau pagar luar sekolah.
"KPM turut mengharapkan kerjasama masyarakat serta pihak berkuasa tempatan bagi memantau pembelian dan penjualan vape terhadap murid sekolah.
"Ibu bapa dan penjaga pula perlu sentiasa mengawasi perubahan tingkah laku anak-anak mereka supaya tidak terjebak ketagihan menghisap vape," katanya.
Pindaan baharu ini akan diselaras mengikut Penguatkuasaan Akta 852 atau Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 yang diwartakan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) pada 1 Oktober 2024.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 