Guru Malaysia Di Jepun Dapat Mesej ‘Xenophobic’ Suruh Balik Negara Asal
Xenophobic merupakan satu sifat benci atau takut kepada orang yang berlainan budaya selalunya terarah kepada warga asing.
Cover image via @banden_tong (Threads)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang lelaki warga Malaysia yang bekerja sebagai guru Bahasa Inggeris di Yokohama, Jepun, menjadi sasaran serangan xenofobia apabila risalah anti-imigran ditampal di pintu depan rumah dan keretanya
Guru itu, @banden_tong, yang selalu berkongsi kehidupan sehariannya di Jepun menerusi platform media sosial Threads, berkongsi imej risalah tersebut.
Satu nota yang ditulis dalam bahasa Jepun dan bertajuk "Kepada orang asing", menyebut, "Sila keluar daripada Jepun! Anda tidak dialu-alukan. Jepun tidak memerlukan pendatang!! Cukai rakyat Jepun tidak dibayar untuk anda! Sila pulang ke negara asal anda! Kembali ke negara anda!".
Nota itu, yang ditampal di bawah namanya pada pintu depan rumah, telah disedaiakan oleh sebuah kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai "Puak Konservatif Bandar Yokohama".
Risalah lain turut diterimanya mengandungi mesej "HENTIKAN PENDATANG" dan helaian ungu yang memberi amaran bahawa "kewujudan bersama pelbagai budaya adalah ancaman negara".


Beri mesej kepada rakyat Jepun dia hanyalah seorang guru yang hanya mahu berbakti untuk negara itu
Dia berkata kecintaannya terhadap Jepun amat mendalam, menjelaskan bahawa dia membesar di Malaysia dengan rasa cinta terhadap budaya Jepun. "Saya mula mencintai Jepun dan penduduknya kerana kereta, anime, manga, PlayStation dan Nintendo," kongsinya.
Dia menulis dia telah bekerja keras untuk memenuhi impiannya berpindah ke Jepun, yang dicapainya tahun lalu apabila dia membeli sebuah rumah dan kereta di Yokohama dan mula bekerja sebagai guru Bahasa Inggeris.
Dia juga berkongsi pengalaman peribadi mencabar stereotaip tentang pendatang, dengan menyatakan, "Saya hanyalah orang biasa yang mencintai Jepun dan saya mahu tinggal dan menyumbang kepada negara yang saya cintai".
Dia mengakhiri perkongsiannya dengan mohon kesedaran kepada masyarakat Jepun, mengakui kewujudan "orang asing yang jahat" dan dia juga tidak menyukainya.
"Saya juga sedar bahawa terdapat ramai 'orang asing yang jahat' dan saya juga membenci mereka. Kepada rakyat Jepun yang membenci semua orang asing, saya hanya ingin mengatakan ini, tidak semua orang asing adalah orang jahat," katanya.
Dalam komen susulan pada hantarannya itu, guru itu mengesahkan bahawa dia telah mengambil tindakan, mengatakan, "Buat masa ini, saya telah berunding dengan pihak polis."
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



