Guru KAFA, Takmir & Imam Tidak Tertakluk Gaji Minimum RM1,700 – “Bayaran Mereka Berbentuk Elaun”

Difahamkan, bayaran tersebut bukan berbentuk gaji tetap sebaliknya adalah bayaran berbentuk elaun.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Yadim & Weebly
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bayaran kepada Guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru takmir dan imam bukan merupakan gaji tetap, sebaliknya merupakan upah berbentuk elaun

Menerusi laporan Kosmo!, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata seramai 34,284 guru KAFA yang sedang berkhidmat di seluruh negara menerima elaun RM1,100 sebulan.

Guru takmir pula seramai 47,052 orang dengan bayaran dibuat mengikut jumlah kelas pengajaran iaitu RM100 bagi setiap kelas manakala elaun bulanan imam pula adalah sebanyak RM850 sebulan.

"Kerajaan mengambil maklum peningkatan kadar gaji minimum kepada RM1,700. Bagaimanapun, perlu dijelaskan bayaran kepada guru takmir, guru KAFA dan imam bukan merupakan gaji tetap, sebaliknya merupakan bantuan berbentuk elaun," katanya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via UtusanImage via

Kerajaan meneliti keperluan menaikkan kadar elaun berdasarkan kemampuan kewangan semasa

"Kerajaan sentiasa meneliti dan membuat penilaian terhadap keperluan menaikkan kadar elaun guru takmir, guru KAFA dan imam berdasarkan kemampuan kewangan semasa negara," katanya.

Zulkifli menjawab soalan Hassan Saad (PN-Baling) sama ada kerajaan bercadang untuk menaikkan elaun guru takmir kepada RM1,200 sebulan.

Menjawab soalan tambahan, Zulkifli berkata kerajaan tidak bercadang menyediakan skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk guru takmir.

Menurutnya, caruman KWSP hanya boleh dikenakan jika individu itu memenuhi takrifan pekerja mengikut Akta KWSP 1991.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: