Guru Hina Kematian 15 Pelajar UPSI Didakwa Sakit Mental? JPN Arah Siasatan Dijalankan
Difahamkan, guru tersebut sudah membuat permohonan maaf.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang guru lelaki bertindak memuat naik status di Facebook dengan menghina kematian 15 pelajar UPSI baru-baru ini
Menerusi hantarannya, guru yang bernama Khalid Yunus itu turut menyatakan kesemua mangsa bukan kalangan orang beriman kerana meninggal dunia dalam keadaan berhutang dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
"15 penuntut UPSI mati dalam keadaan hina! 15 penuntut UPSI yang maut kemalangan bas ekspres bukan orang beriman kera mati dalam berhutang dengan PTPTN.
"Mana mungkin mereka orang beriman kerana tidak dibenarkan masuk syurga, suc mereka juga banyak dosa?
"Jadi, nerakalah tempat mereka iaitu tempat yang sehina-hina tempat," tulisnya.
Image via Khalid Yunus (Facebook)
Difahamkan juga, guru tersebut didakwa mempunyai penyakit mental dan enggan menerima rawatan kerana takut mengalami kesan sampingan.
Image via @thisismehoneyy (X)
Ekoran itu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) mengarahkan laporan lengkap disediakan berhubung tindakan guru berkenaan
Menurut Sinar Harian, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) perlu sediakan laporan lengkap itu selaras dengan surat pekeliling yg dikeluarkan oleh KPM berkaitan pengurusan isu.
"Saya kesal atas tindakan pemilik akaun Facebook berkaitan dengan tragedi pelajar UPSI. Apabila perkara tersebut telah tular, pihak PPD telah menghubungi pengetua dan seterusnya menasihati guru tersebut untuk memadamkan hantaran berkenaan.
"Semakan pada jam 8.10 malam (Selasa), hantaran berkenaan telah dipadamkan," katanya.
Dalam pada itu, guru berkenaan dilaporkan telah membuat hantaran baru dengan permohonan maaf.
Image via Khalid Yunus (Facebook)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via 