Guru Didakwa Rempuh 2 Pelajar Sehingga Seorang Maut Kini Dikenakan Tahanan Reman Dua Hari
Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gayong, Taman Uda Murni, Kota Bharu 9 malam tadi.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang guru wanita dipercayai merempuh dua pelajar di hadapan surau sekolah semalam telah dibawa ke mahkamah di Kota Bharu pagi ini
Menerusi laporan Berita Harian, guru berusia 57 tahun itu tiba dengan menaiki trak polis pada jam 8.40 pagi tadi memakai baju lokap.
Perintah reman terhadapnya bermula hari ini sehingga esok dikeluarkan Majistret Wan Muhammad Izzat Wan Abdullah.
Penahanan reman itu dilakukan bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dalam insiden yang berlaku semalam, seorang pelajar Tingkatan Satu yang terlibat maut manakala seorang lagi parah selepas dilanggar sebuah kenderaan di hadapan surau sekolah berkenaan.

Guru yang menjadi suspek insiden tersebut (tudung bercorak).
Image via NSTP/Nik Abdullah Nik OmarSiasatan awal mendapati suspek tertekan pedal minyak sebelum insiden berlaku
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri dilaporkan berkata kejadian pada jam 1.50 tengah hari itu membabitkan seorang pemandu kereta dan dua orang mangsa pelajar perempuan.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati pemandu wanita dipercayai tertekan pedal minyak kenderaan sebelum terbabas melanggar dua pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Mas.
Seorang daripada mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala seorang lagi parah dan sedang menerima rawatan di hospital.
Mengulas lanjut, katanya, pemandu kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan di samping meminta orang ramai yang menjadi saksi kejadian kemalangan tampil hadir untuk membantu siasatan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 