Guna SARA Untuk Semua RM100 Tapi Boleh Menang Hadiah Sampai RM5,000? Ayuh Sertai Peraduan ‘SARA Cara Kita’ Oleh SAYS Sekarang!

Fuh, hanya dengan berbelanja secara kreatif menerusi SARA mampu buatkan anda raih hadiah tunai sehingga RM5,000!

Enlarge text
Cover ImageCover image via SARA

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Anda sudah semak baki SARA Untuk Semua dalam MyKad belum? Jangan sekadar habiskan, gunakan dengan bijak!

Sebabnya berbekalkan cara kreatif anda berbelanja, mampu membolehkan anda menang hadiah tunai sehingga RM5,000!

Bukan sekadar bantuan biasa, kami ingin melihat sejauh mana rakyat Malaysia bijak mengurus perbelanjaan harian menerusi peraduan 'SARA Cara Kita'.

Apa itu 'Sara Cara Kita'?

Untuk pengetahuan anda, peraduan SARA Cara Kita mengumpulkan kisah-kisah inspirasi dan kreatif rakyat Malaysia dalam menggunakan bantuan SARA Untuk Semua.

Daripada membeli barang dapur, hasilkan resipi bajet sampai lah kepada idea berniaga kecil-kecilan, semuanya dialu-alukan!

Yang paling best, anda berpeluang menang hadiah wang tunai yang lumayan!

Ini hadiah-hadiah yang menanti anda

Menerusi peraduan SARA Cara Kita, terdapat 36 pemenang (18 pemenang menerusi platform Instagram dan 18 pemenang daripada platform TikTok) bakal dipilih di mana hadiah utama merupakan wang tunai sebanyak RM5,000. Wow!

Berikut merupakan hadiah yang ditawarkan buat para pemenang dengan konten yang kreatif:

  • Tempat pertama: RM 5,000
  • Tempat kedua: RM 3,000
  • Tempat ketiga: RM 1,500
  • Saguhati: RM 250 x 15 pemenang


Semudah ikuti 4 langkah mudah untuk sertai

Tak payah borang rumit-rumit. Anda cuma perlu guna kreativiti anda kat media sosial je. Ikuti langkah ni:

  1. Hasilkan Konten: Buat video pendek atau ambil gambar yang menunjukkan cara kreatif anda gunakan RM100 daripada SARA. (Contoh: Resepi jimat, beli barang sekolah anak, atau teknik simpanan).
  2. Muat Naik: Muat naik konten anda di TikTok atau Instagram.
  3. Hashtag & Tag: Jangan lupa letak hashtag rasmi #SARACaraKita dan tag @saysdotcom.
  4. Set Public: Pastikan akaun anda dalam mod 'Public' supaya juri boleh nampak konten mantap anda! Mudah bukan?


Syarat penyertaan 'Sara Cara Kita'

  • Dibuka khas kepada warganegara Malaysia berusia 18 tahun keatas yang layak menerima SARA.
  • Konten mestilah asli, positif dan tidak menyentuh isu sensitif.
  • Tempoh peraduan bakal berakhir pada 31 Mei ini.

‎‎

Perlukan Idea?

Anda buntu nak buat video apa? Ini beberapa idea 'Paling Malaysian' yang boleh anda kaitkan dengan SARA

  • Masa Keluarga: Masak makan malam istimewa untuk famili guna barang SARA.
  • Pay It Forward: Beli barang dapur untuk jiran yang memerlukan.
  • Bina Bisnes Kecil: Guna RM100 sebagai modal permulaan jual nasi lemak ke, dropship ke.
  • Strategi Menyimpan: Kongsi cara anda manfaatkan SARA untuk kurangkan perbelanjaan harian dan jimat poket anda.


Jadi tunggu apa lagi? Inilah masanya nak tunjuk kat satu Malaysia yang kita ni memang bijak urus duit! Mana tahu rezeki anda untuk menang RM5,000 tu?

Untuk maklumat lanjut, terus ikuti media sosial SAYS dan SAYS Seismik. Good luck semua!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik