Group Wartawan Dari China Fasih Cakap Melayu Siap Layan Nasi Kandar Raih Perhatian Ramai
Wah seronok dengar diaorang bercakap, macam orang Melayu betul!
Cover image via @husnaliangliang (TikTok)
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebuah video memaparkan sekumpulan wartawan dari China mencuri tumpuan ramai apabila mereka fasih berbahasa Melayu
Menerusi video yang dimuat naik oleh @husnaliangliang di TikTok, kelihatan mereka sedang menjamu selera di sebuah restoran mamak di Putrajaya.
Apa yang membuatkan ramai berasa kagum adalah apabila kesemua mereka fasih bercakap Bahasa Melayu sambil menerangkan lauk apa yang diambil bersama nasi kandar.
Image via @husnaliangliang (TikTok)
Image via @husnaliangliang (TikTok)
Difahamkan, mereka hadir ke Putrajaya untuk wawancara bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
Lebih mengagumkan, kesemua mereka bercakap lancar dan tidak kedengaran pelat langsung. Menurut salah seorang daripada wartawan itu, dia mengambil air sirap kerana membuatkannya teringat zaman belajar dahulu di Universiti Putra Malaysia.
"Semuanya bercakap bahasa dan order hidangan Malaysia! Kumpulan wartawan China yang bercakap Bahasa Melayu dah sampai Putrajaya untuk wawancara dengan PM! Kena hati-hati ketika makan, jangan kotorkan suit haha!" katanya.
Image via @husnaliangliang (TikTok)
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik

